Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Khas

FSA2 : Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 Dibenarkan September Ini

Kemudahan FSA2 : Pengeluaran Khas KWSP Fasa 1 dibenarkan dan boleh dimohon pada bulan September ini. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan sebuah kemudahan untuk ahli pada tahun ini.

FSA2 : PENGELUARAN KHAS KWSP FASA 1

Tahukah anda, bermula April lalu pihak KWSP telah melancarkan sebuah kemudahan yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2. Kemudahan ini dilaksanakan adalah bertujuan membantu ahli yang memerlukan untuk mendapatkan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan.

Apa yang menarik adalah sekitar 4 juta para pencarum boleh membuat pengeluaran khas KWSP melalui FSA2 ini. Program kemudahan khas ini akan dilaksanakan secara 2 Fasa, dan kini permohonan bagi FSA2 fasa 1 telahpun dibuka kepada pencarum.

Kemudahan ini berobjektifkan membantu ahli/ pencarum KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Untuk makluman, simpanan akaun 2 boleh digunakan sebagai membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun.

KADAR PENGELUARAN KHAS KWSP FSA2

Seperti sedia maklum, pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran pembiayaan FSA2 bagi fasa 1. Jumlah pengeluaran yang boleh dilakukan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 dan kadar bergantung kepada baki simpanan akaun 2.

KELAYAKAN FSA2 FASA 1

Kriteria syarat kelayakan bagi pengeluaran fasa 1 Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Seorang Warganegara Malaysia
  • Umur belum mencapai 55 tahun
  • Individu dibenarkan kemukakan permohonan sekali sahaja
  • Bagi permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan
  • Mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 KWSP minimum RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  • Mematuhi terma dan syarat dari institusi perbankan

Info : Bagi permohonan fasa 1 pengeluaran FSA2 KWSP hanya melibatkan 2 institusi perbankan iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan boleh membuat permohonan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button