BANTUANSTRSTR Tambahan

Semakan Penerima STR Tambahan RM600

Semakan penerima STR Tambahan yang ditawarkan berjumlah RM600 untuk kategori isi rumah telah diumumkan melalui Belanjawan 2023. Untuk makluman, kepada penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terdiri daripada kategori isi rumah (keluarga) berpeluang mendapatkan insentif tambahan sebanyak RM600.

SEMAKAN PENERIMA STR TAMBAHAN

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penambahan bantuan tambahan STR berjumlah RM600 dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas kepada isi rumah. Jumlah maksimum STR tahun ini adalah sebanyak RMM2,500 diberikan kepada kategori isi rumah yang mempunyai 5 orang anak keatas dengan pendapatan bulanan dibawah RM 2,500.

Ini bermakna kepada penerima STR tambahan RM600 akan mendapatkan jumlah keseluruhan bantuan STR bernilai RM3,100 pada tahun ini. Penerima STR tambahan mengikut data e-kasih (golongan isi rumah miskin).

SEMAKAN STR TAMBAHAN MELALUI E-KASIH

Untuk penerima STR, anda boleh menyemak sama ada anda termasuk dalam kategori penerima STR tambahan atau tidak. Semakan boleh dibuat secara online melalui portal rasmi e-kasih – DI SINI

PANDUAN SEMAKAN

  • Layari portal rasmi e-kasih
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

Nota : Semakan penerima STR tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan ini hanya diberikan kepada kategori isi rumah termiskin mengikut data e-kasih sahaja.

KADAR JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah jumlah kadar bayaran STR yang akan diterima seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KEBAWAH)

  • Jumlah bantuan RM1,000 sehingga RM2,500 (bergantung bilangan tanggungan anak)

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000)

  • Jumlah bantuan RM500 sehingga RM1,250 (bergantung bilangan tanggungan anak)

BUJANG (60 TAHUN KEBAWAH)

  • RM350

WARGA EMAS BUJANG

  • RM600

KATEGORI ISI RUMAH (MISKIN TEGAR)

  • RM600 dalam bentuk bakul makanan dan baucar makanan asas.

Untuk semakan status STR, anda boleh semak sebelum fasa berikutnya diberikan. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada semakan penerima bantuan tambahan STR, terdapat beberapa inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023. Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button