BANTUANKWSPPengeluaran Khas

Senarai Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan

Senarai jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan sebelum mencapai umur 55 tahun telah disediakan untuk para pencarum pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran wang bagi ahli / pencarum.

Antara program yang telah diperkenalkan adalah seperti i;lestari, i-sinar, i-citra serta pengeluaran khas 10,000 pada tahun lalu. Baru-baru ini ramai yang mengharapakan bawah pengeluaran khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.

Namun disebabkan ramai pencarum yang mempunyai jumlah simpanan yang sedikit perkara ini masih dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Baru-baru ini dengan adanya bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) dapat meredakan dan meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Kepada ahli KWSP, anda tidak perlu risau kerana pihak KWSP telah menyediakan pengeluaran khas yang boleh dilakukan sebelum mencapai umur 55 tahun. Di halaman ini telah dikongsikan maklumat lengkap berkenaan senarai jenis pengeluaran KWSP yang diluluskan.

SENARAI JENIS PENGELUARAN KWSP SEBELUM 55 TAHUN

Bagi pencarum KWSP, anda boleh membuat pengeluaran wang untuk tujuan peribadi yang tersedia pada tahun ini. Sila semak senarai jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan seperti berikut.

MEMBINA / MEMBELI RUMAH

Kepada pencarum yang ingin membeli atau membina rumah sendiri, anda dibenarkan membuat pengeluaran wang dalam simpanan akaun 2. Sila semak syarat kelayakan dan permohonan – DI SINI

KESIHATAN

Bagi ahli KWSP yang menpunyai masalah kesihatan, pengeluaran untuk tujuan perubatan dibenarkan. Hal ini bagi membiayai kos rawatan perubatan penyakit dan peralatan bantuan kesihatan. Sila semak syarat dan permohonan – DI SINI

PENDIDIKAN

Untuk ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran wang bagi tujuan pembiayaan kos pendidikan sendiri, ahli keluarga atau pasangan suami isteri. Pengeluaran dibenarkan dan sila semak syarat permohonan – DI SINI

HAJI

Untuk ahli KWSP yang beragama islam, pengeluaran khas ini dibenarkan bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah haji. Pengeluaran boleh dibuat melalui akaun 2. Semak syarat permohonan – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada kemudahan pengeluaran KWSP yang diluluskan ini, terdapat pelbagai inisiatif khususnya berbentuk kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button