BANTUANeTunai

Bantuan Kredit eTunai Rahmah Berjumlah RM200

Bantuan kredit etunai rahmah berjumlah RM200 untuk rakyat Malaysia akan dilaksanakan pada tahun 2023. Untuk makluman, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan insentif khas bantuan ewallet pada sidang Belanjawan 2023 dengan slogan Malaysia Madani.

BANTUAN KREDIT ETUNAI RAHMAH 2023

Pihak kerajaan bersetuju untuk memberi insentif baru yang dikenali sebagai bantuan etunai rahmah. Menerusi program bantuan ewallet ini, dana peruntukan sebanyak RM400 juta akan memberi manfaat kepada 2 juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan Belia pada tahun ini.

Tujuan utama bantuan ini diperkenalkan adalah bagi memupuk budaya pembayaran tanpa transaksi tunai dan meringankan beban golongan belia pada tahun ini. Golongan belia amat penting untuk mencorak masa hadapan negara ini dari ekonomi domestik mahupun antarabangsa.

KADAR BANTUAN 

Untuk makluman, kadar bayaran bantuan kredit etunai rahmah adalah sebanyak RM200 setiap seorang. Terdapat satu kategori kelayakan sahaja bagi bantuan etunai rahmah ini yang telah diumumkan pada sidang BELANJAWAN 2023

KELAYAKAN PENERIMA

Berikut adalah syarat kelayakan bagi bantuan etunai rahmah seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan Belia
  • Berumur 18 hingga 20 tahun

Perkara di atas telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam intipati Sumbangan tunai rahmah sidang belanjawan 2023.

CARA TEBUS BANTUAN

Dijangkakan seperti tahun lalu, bantuan kredit etunai ini boleh ditebus di platform e-dagang pilihan seperti Grabpay, ShopeePay, Bigpay dan Tounch N Go ewallet. Penebusan bantuan ini hanya boleh ditebus sekali sahaja bagi setiap pemohon.

Buat masa ini hanya pengumuman bantuan etunai ini sahaja telah dimaklumkan. Berkenaan tarikh perlaksanaan masih belum diumumkan, diharapkan pihak kerajaan mempercepatkan perlaksanaan bantuan khas ini untuk mereka yang layak dapat menebus kredit etunai ini.

Segala informasi terkini berkenaan bantuan ewallet ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan kredit etunai rahmah ini, terdapat pelbagai insiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button