BANTUANMySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Bayaran Sehingga RM1200 Akan Dikreditkan Kepada B40

MySTR : Bayaran Sehingga RM1200 akan dikreditkan kepada kumpulan B40 tidak lama lagi bermula bulan November. Untuk makluman, pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini sudah hampir ke penghujung pembayaran.

MYSTR : BAYARAN SEHINGGA RM1200

Kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran fasa keempat (4) bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar pada kadar sehingga RM1200. Jumlah tertakluk kepada kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

Kepada yang terlepas pandang, pengagihan bagi bayaran STR fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telahpun selesai dibayar. Pengkreditan bagi fasa 1 (Januari), fasa 2 (April) dan fasa 3 (Jun) yang melibatkan kategori isi rumah, bujang dan warga emas.

Bagi fasa terakhir pula, kategori yang akan terlibat menerima insentif adalah warga emas dan isi rumah B40 dan M40 sahaja. Kategori bujang telah selesai bayaran sehingga fasa ketiga dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM350.

KADAR MYSTR SEHINGGA RM1200 MENGIKUT KATEGORI

Kadar jumlah bayaran yang akan dikreditkan mengikut kategori dan bilangan anak bagi fasa 4 adalah seperti berikut.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2500/ KUMPULAN B40)

  • Tiada anak – RM200
  • Mempunyai anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai anak (5 keatas) : RM1200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5000/ KUMPULAN M40)

  • Tiada anak : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (1-2) : Tiada bayaran
  • Mempunyai anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai anak (5 keatas) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • RM200

KUMPULAN MISKIN TEGAR

  • Kepada penerima sedia ada STR yang terdiri daripada kumpulan miskin tegar dalam data ekasih layak menerima insentif tambahan (SARA) berjumlah RM600. Pengkreditan ke dalam mykad RM100 selama 6 bulan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa secara online. Untuk semakan, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

Info : Kepada mereka yang berstatus tidak lulus pada fasa ketiga lalu yang telah membuat rayuan. Sekiranya lulus, anda akan menerima baki bayaran pada fasa keempat nanti. Pembayaran fasa 4 STR akan mula diagihkan pada bulan November tahun ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button