BANTUANKhas Aidilfitri

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri Sebanyak RM 500 Bermula 25 April 2022

Pada tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu golongan rakyak yang memerlukan. Baru-baru ini, pihak Kerajaan telah mengumumkan satu lagi bantuan khas sempena perayaan aidilfitri yang bakal menjelang sebanyak RM 500.

Bantuan Khas Aidilfitri 2022

Untuk makluman umum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Insentif khas berbentuk kewangan sempena aidilfitri sebanyak RM 500 kepada golongan penjawat awam GRED 56 dan ke bawah turut termasuk kepada kakitangan di bawah skim contract of services, pegawai sambilan harian dan lantikan di bawah MyStep 2022.

Bantuan Khas Kepada Pesara Kerajaan

Selain dari bantuan itu, menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM 250 kepada pesara Kerajaan.

Peruntukan Bantuan Khas 

Bantuan Khas ini telah melibatkan jumlah peruntukan sebanyak kira-kira RM 923 juta dan bakal memanfaatkan lebih kurang 2 juta penjawat awam dan pesara kerajaan menurut kenyataan Perdana Menteri Malaysia melalui kenyataan beliau baru-baru ini.

Tarikh Bayaran Bantuan Khas 

Untuk Pengetahuan anda, pembayaran bantuan khas sempena perayaan aidilfitri tahun ini akan diberikan bersama dengan pembayaran gaji bulan april iaitu bermula pada tarikh 25 April 2022.

Tujaan Bantuan Khas

Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengatakan bahawa pemberian bantuan khas ini adalah salah satu sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan seluruh penjawat awam dalam menggalas tugas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini.

Pihak kerajaan turut berharap dengan pemberian bantuan khas ini akan dapat membantu meringankan pembelanjaan para penjawat awam dan pesara lebih-lebih lagi sudah hampir menjelang bulan syawal serta dijadikan sebagai semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat.

Maklumat Lanjut

Selain dari pemberian bantuan khas ini, terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini, Jika anda terlepas pandang dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button