BANTUANBaucarBKM

BKM 2022 : Cara Menebus Baucar Khas RM 75

Pada tahun 2022, Kerajaan telah melancarakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah menggantikan Bantuan tahun sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Dalam BKM, Pihak Kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar Pelindungan Tenang (PTV). Ini adalah salah satu usaha dari pihak kerajaan untuk memberikan perlindungan sosial kepada golongan rakyak yang berpendapatan rendah.

Tujan utama Program Baucar Perlindungan Tenang ini adalah bertujuan menyediakan perlindungan Takaful dan Insurans dari sebarang risiko penyakit di dalm kehidupan seharian.

Program Baucar Perlindungan Tenang merangkumi produk produk yang memenuhi kriteria iaitu Mudah di fahami, mudah di akses, mampu milik dan proses penuntutan yang jelas dan mudah.

Kepada yang melengkapi syarat dan layak menebus bantuan program baucar ini akan mendapat baucar sebanyak RM 75 seperti yang telah diumumkan di dalam sidang Bajet 2022 di dewan rakyat pada penghujung tahun 2021.

Syarat Kelayakan PTV
  1. Berstatus Warganegara Malaysia
  2. Merupakan Penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang merangkumi kategori – Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang
  3. Had umur adalah 18 Tahun da ke atas
Cara Menebus Baucar

Anda boleh menebus baucar ini dengan banyak kaedah kerana pada tahun 2022, program PTV ini telah di perluaskan untuk pembelian Takaful atau Insuran motor komprehensif bagi jenis motosikal 150 cc dan ke bawah. Cara menebus baucar ini mempunyai dua kaedah iaitu seperti di bawah :

Cara Penebusan baucar untuk sebarang  pembelian produk secara Online

  1. Sila layari Laman Rasmi My Coverage
  2. Kemudian sila skrol ke bawah dan lihat bahagian ” Produk Perlindungan Tenang” . Sila tekan butang ikon Logo Syarikat / Produk Perlindungan Tenang bagi mendapat maklumat asas
  3. Klik pada butang ”Ketahui lebih lanjut” dan anda akan masuk ke laman yang menawarkan produk perlindungan tenang .
  4. Anda akan di bantu oleh sistem melalui proses dengan mudah untuk membeli atau menyertai produk tersebut. Anda di syorkan membaca terma dan syarat sebelum membuat sebarang tebusan pembelian.
Semakan Kelayakan

Kepada anda yang ingin membuat sebarang semakan kelayakan boleh di buat secara Online – DI SINI

dan kemudian sila masukan nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang telah di sediakan.

Untuk ketahui sebarang Maklumat yang lengkap dan terperinci berkenaan Program Baucar Perlindungan ini, pihak kami syorkan anda membaca dengan teliti penjelasan – DI SINI

Info Lanjut Senarai Bantuan Tahun 2022

Untuk ketahui lebih lanjut senarai Bantuan yang anda boleh dapatkan pada tahun 2022, anda boleh layari Portal Rasmi di – SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button