BANTUANJKM

Bantuan Kewangan RM 500 Sebulan Untuk Golongan Warga Emas Tahun 2022

Untuk makluman semua, baru baru ini menerusi sidang Belanjawan, Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengumumkan Bantuan Kebajikan Orang Tua tahun 2022 akan dinaikkan kadar bayaran sebanyak RM 500 berbanding RM 350 pada tahun sebelum bagi mereka yang telah berdaftar dengan platform JKM.

Bantuan ini akan diuruskan oleh pihak dari JKM yang merupakan salah sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Masyarakat, keluarga dan wanita.Tujuan utama bantuan ini lebih mensasarkan golongan warga emas yang berkelayakan untuk meneruskan kesejahteraan dan kelangsungan kehidupan dalam masyarakat pada masa kini.

Panduan Permohonan

Di bawah telah disediakan panduan cara membuat permohonan Bantuan warga emas. Sila ikut panduan seperti berikut :

  1. Jika anda ingin membuat sebarang permohonan sila layari portal rasmi JKM –DI SINI
  2. Kemudian sila tekan butang ”Daftar Permohonan”
  3. Sila masukan maklumat pemohon – No Kad Pengenalan dan negeri tempat tinggal
  4. Selepas sudah lengkap mengisi maklumat anda, sila semak dan tekan butang ”Daftar”

NOTA : Selepas daftar, dalam tempoh masa 14 hari anda perlu pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan berhampiran kediaman anda atau mana-mana Pejabat JKM seluruh negeri.

Panduan Syarat Kelayakan

Kepada golongan warga emas yang ingin membuat permohonan Bantuan ini mesti memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Pemohon harus berstatus Warganegara Malaysia
  • Pemohon berstatus bermastautin mengikut syarat ditetapkan boleh membuat permohonan
  • Individu warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas yang tidak tinggal di Institusi Kendalian pihak JKM atau pusat jagaan kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
  • Memperolehi pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan – PGK
  • Mana-mana kes yang berkaitan/ berkeperluan layak membuat permohonan dan akan dipertimbangkan dengan kelulusan pihak KPKM

Kadar Bayaran

Kepada pemohon yang layak menerima bantuan ini akan mendapat bayaran sebanyak RM 500 sebulan, ia merupakan berita baik untuk golongan warga emas kerana insentif kewangan ini dinaikan bayaran sebanyak hampir 50% berbanding tahun lalu iaitu penerima bantuan mendapat bayaran sebanyak RM 350 sebulan.

Dokumen Penting Yang Diperlukan
  • Salinan Kad Pengenalan – pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami atau Isteri atau Ibu bapa atau Aank yang tinggal bersama – jika ada
  • Salinan Sijil Lahir ahli keluarga yang tinggal bersama sebumbung
  • Salinan penyata gaji semasa – jika ada
  • Dokumen sokongan yang berkaitan

Pada tahun 2022 terdapat banyak jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan, jika anda terlepas pandang atau ingin ketahui lebih lanjut berkaitan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang anda layak untuk memohon bole terus ke laman utama yang disediakan di – SINI

Maklumat Tambahan

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lebih terperinci berkenaan Bantuan ini, boleh terus hubungi Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti di sediakan :

Alamat 

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdanan, Presint 4

62100 Putrajaya

No Telefon

03 8000 800

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button