BANTUANe-DompeteMadanieWallet

eMadani 2023 : Panduan Daftar & Tuntut Kredit eWallet RM100

eMadani 2023 : Panduan Daftar & tuntut kredit percuma ewallet bernilai RM100 one-off boleh dilakukan secara online. Untuk makluman, inisiatif istimewa berbentuk bantuan kredit edompet ini dilaksanakan pada bulan ini di semua negeri.

EMADANI 2023 : PANDUAN DAFTAR & TUNTUTAN

Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa perlaksanaan program bantuan khas kredit emadani akan dilancarkan pada bulan ini. Rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran dan tuntutan kredit edompat RM100 ini secara one-off.

Mulai 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024, setiap individu yang berkelayakan boleh daftar, tuntut dan gunakan kredit RM100 tersebut menggunakan aplikasi edompet yang terlibat.

Kepada mereka yang berjaya tebus kredit percuma ini, anda boleh membelanjakan amaun tersebut selewat-lewatnya sebelum tarikh luput pada 29 Februari 2024. Program khas ini akan memberi manfaat kepada sekitar 10 juta rakyat Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN EMADANI 2023

Beberapa kriteria syarat kelayakan telah ditetapkan bagi menebus bantuan kredit ewallet bernilai RM100 ini seperti berikut :

  • Berumur 21 tahun dan keatas sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40

TARIKH DAFTAR & TEBUS KREDIT EDOMPET 2023

Untuk makluman, bermula isnin ini (4 Disember) sehingga 20 Februari 2024, pendaftaran dibuka secara online. Selepas berjaya membuat tuntutan, pembelian barang perlu dilakukan selewatnya sebelum 29 Februari 2024.

PANDUAN CARA DAFTAR & TUNTUT EMADANI RM100

Pihak kerajaan telah memaklumkan, setiap pemohon boleh membuat pendaftaran dan tuntut kredit percuma RM100 melalui aplikasi edompet yang terlibat. Bermula 4 Disember ini, anda boleh pilih salah satu aplikasi edompet yang mengambil bahagian seperti dibawah.

  • Tuntut kredit RM100 melalui Touch N Go eWallet – DI SINI
  • Tuntut kredit RM100 melalui MAE – DI SINI
  • Tuntut kredit RM100 melalui Setel – DI SINI
  • Tuntut kredit RM100 melalui Shopeepay – DI SINI

Peringatan : Setiap individu hanya dibenarkan memilih salah satu daripada aplikasi edompet pilihan masing-masing untuk tuntutan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button