BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan E-Wallet RM300 Sebulan : Permohonan Dibuka Untuk Isi Rumah B40

Bantuan e-wallet RM300 sebulan adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Untuk makluman, permohonan kini dibuka untuk isi rumah B40 yang memperolehi pendapatan bulanan dibawah RM3,000.

PROGRAM BANTUAN E-WALLET RM300

Kerajaan negeri telah menawarkan sebuah program bantuan e-wallet RM300 yang diberikan secara bulanan kepada mereka yang layak. Inisiatif khas ini yang diteruskan pada tahun ini adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Pada tahun 2023, peruntukan bagi program bantuan kehidupan sejahtera ini telah melibatkan sekitar RM108 juta. Kira-kira 30,000 isi rumah (keluarga) akan mendapat manfaat daripada insentif khas ini setiap bulan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Kerajaan negeri telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi permohonan bantuan e-wallet RM300 sebulan (BINGKAS) seperti berikut :

  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah RM3,000
  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di Selangor
  • Pemilih berdaftar di Selangor

Bantuan BINGKAS ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas rumah tanpa wang tunai (Cashless). Kepada pemohon yang layak akan menerima jumlah ewallet ke paras RM300 setiap bulan.

CARA DAFTAR PERMOHONAN

Permohonan bantuan khas ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian.

Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, untuk memohon sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI

Untuk memudahkan semakan permohonan dilakukan, pemohon perlu sediakan butiran dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan / atau Pasangan)
  • Salinan kad pengenalan, MyKid, surat kelahiran / Kad OKU/ Pengesahan belajar dari IPTA atau IPTS (anak / tanggungan)
  • Salinan slip gaji (Penjawat awam)
  • Salinan pencen terkini (Pesara)
  • Salinan sijil penceraian/ kematian/ laporan polis – Bagi kategori ibu atau bapa tunggal
  • Salinan penyata EA atau KWSP – Bagi pekerja swasta
  • Pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti – Bagi kategori tidak bekerja atau bekerja sendiri

Nota : Bantuan BINGKAS ini diberikan keutamaan kepada golongan kelahiran negeri Selangor dan rakyat yang telah menetap lama di Selangor. Jika berkelayakan dan memerlukan, disarankan untuk mengemukan permohonan supaya dapat manfaat dari insentif khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban kewangan rakyat terutama golongan sasar. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk info penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button