BANTUANBAP

Pemberian BAP 2024 : Bantuan RM150 Disalurkan Pada Bulan Ini

Pemberian BAP 2024 : Bantuan awal persekolahan berjumlah RM150 akan mula disalurkan pada bulan ini kepada setiap murid. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa BAP ini merupakan salah satu bantuan dalam Belanjawan.

PEMBERIAN BAP 2024 (BANTUAN RM150)

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan (KPM) telah memaklumkan bahawa bantuan awal persekolahan (BAP) akan diberikan bermula Januari 2024. Bayaran insentif RM150 one-off (sekali bayar) ini akan memberi manfaat kepada sekitar 5 juta murid di seluruh negara.

Pengagihan bantuan khas ini akan disalurkan kepada pihak sekolah masing-masing sebelum diberikan secara tunai atau kredit de dalam akaun setiap murid. Menerusi sidang Belanjawan 2024, peruntukan bagi insentif BAP ini adalah berjumlah RM788,130,000 khusus untuk bantuan ini.

Dengan adanya insentif tambahan ini dapat membantu meringankan beban penjaga (ibu bapa) dalam menyediakan kelengkapan anak-anak untuk menghadapi sesi persekolahan tahun ini.

SYARAT KELAYAKAN PEMBERIAN BAP 2024

Berdasarkan tahun lalu, bantuan khas BAP ini diberikan kepada murid/ pelajar yang mempunyai kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Murid tahun 1 sehingga tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya
  • Pelajar/ murid yang bersekolah di sekolah kerajaan (SK), Sekolah bantuan kerajaan (SBK), Sekolah agama, sekolah bimbingan jalan kasih, sekolah intergriti, sekolah henry gurney dan sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan pihak kerajaan.

Untuk makluman, pemberian bantuan one-off RM150 ini diberikan secara berperingkat mengikut kawasan setiap sekolah. Pembayaran diberikan pada bulan ini (Januari), untuk maklumat lebih jelas, sila rujuk kepada pihak sekolah anak masing-masing.

PERMOHONAN EBANTUAN 2024

Ramai yang masih terlepas pandang atau tidak tahu sebenarnya terdapat pelbagai jenis inisiatif bantuan telah ditawarkan oleh JKM. Jabatan kebajikan masyarat telah menyediakan banyak bantuan yang boleh dimohon oleh rakyat yang kurang berkemampuan.

Kadar bantuan yang diberikan adalah dari RM150 sehingga RM1,000 sebulan bagi satu keluarga yang berkelayakan. Panduan permohonan telah disediakan, untuk semak senarai bantuan yang ada dan cara mohon, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2024, kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button