BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Kategori Dan Kadar Bayaran BKM Fasa 2 Bulan Jun

Untuk sedia maklum pada tahun 2022, Pihak Kerajaan telah mengumumkan Insentif bantuan berbentuk tunai iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih sinonim dikenali sebagai BKM. Bagi penerima yang layak akan menerima manfaat dan faedah bermula pada tarikh 28 Mac 2022 iaitu pembayaran BKM Fasa 1 secara berperingkat.

Insentif BKM 2022

Program bantuan BKM ini telah ditambah baik berbanding bantuan tunai tahun sebelum ini. Kadar nilai bantuan telah dinaikkan mengikut kategori dan jumlah bilangan tanggungan anak bagi kategori isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai bilangan anak 1, 2 orang, dan isi rumah yang mempunyai bilangan anak lebih dari 3 orang serta pihak kerajaan telah memperkenalkan bayaran tambahan RM 500 kepada yang layak dalam kategori isi rumah terhad kepada ibu bapa tunggal dan warga emas.

Bagi pembayaran BKM Fasa 1 telahpun dilaksanakan pada 28 Mac 2022 yang lalu secara berperingkat. Melalui pembayaran BKM Fasa 1, semua kategori menerima bayaran.

Bayaran BKM Fasa 2

Untuk makluman, bayaran BKM Fasa 2 dijangka akan bermula pada bulan Jun 2022 dan pembayaran adalah sama seperti Fasa 1 iaitu secara kredit ke akaun atau baucar dan tebus di BSN secara berperingkat.

Permohonan Rayuan BKM 

Masih tidak terlambat kepada anda yang berstatus tidak lulus BKM 2022, anda masih sempat untuk membuat permohonan rayuan kerana tarikh rayuan masih dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.

Kadar Bayaran Dan Kategori BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2, semua kategori akan menerima bayaran kecuali bagi kategori bujang. Bagi kategori bujang bayaran BKM 2022 akan diterima pada Fasa 1 (RM 200) dan Fasa 3 (RM 150).

Manakala kadar bayaran bagi semua kategori selain bujang adalah sebanyak RM 100 hingga RM 400. Kadar bayaran BKM Fasa 2 bergantung pada jumlah tanggungan bilangan anak isi rumah dan warga emas. Anda boleh membuat semakan status permohonan anda di Laman Rasmi BKM – DI SINI

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan BKM 2022, sila layari portal rasmi BKM yang telah disediakan di ruangan atas.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 selain dari bantuan BKM ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button