BANTUANBeliaPERKESO

Bantuan Kewangan Sebanyak RM 800 Bermula Februari 2022

Untuk makluman semua, baru-baru ini pada 17 Januari 2022 Pihak kerajaan telah melancarkan Program SIP GIG PERKESO dan jika anda berkelayakan boleh membuat permohonan.

Insentif Bantuan Kewangan SIP GIG ini lebih mensasarkan kepada Individu yang terlibat seperti – diberhentikan kerja, notis cuti tanpa gaji, penganggur lebih dari 2 bulan / 6o hari, golongan sedang mencari kerjayang terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja melebihi 6 bulan. Menggunakan platform digital berdaftar di bawah PERKESO.

Maklumat SIP GIG PERKESO

Program ini merupakan salah satu Bantuan Insentif berjumlah RM 600 hingga RM 800 sebulan untuk tempoh selama 6 bulan (maksimum) kepada pekerja baru SIP GIG di bawah Bajet tahun 2022.

Tujuan utama Program ini dilaksanakan ialah bagi memberi peluang pekerjaan dengan bayaran yang cukup yang sedang menganggur atau tidak bekerja untuk membuat pekerjaan dalam jangka masa yang ditentukan / pendek. Turut menggalakan golongan yang sedang mencari pekerjaan atau individu yang menganggur mengambil peluang pekerjaan yang merentasi pekerjaan tidak formal / kerja ekonomi GIG di bawah platform Digital yang telah disediakan.

Tarikh Rasmi Permohonan

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan sudah bole membuat kerana tarikh permohonan sudah di buka pada 17 Januari 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2022. 

Syarat Kelayakan

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan :

  • Individu / calon yang diberikan notis cuti tanpa gaji sekurang kurangnya sebulan atau individu yang telah diberhentikan kerja
  • Individu / Suri Rumah yang tidak bekerja selama lebih dari 6 bulan dan selaras dengan had kadar pendapatan garis kemiskinan (PGK)
  • Individu yang sedang mencari pekerjaan – golongan terjejas seperti bekas bantuan, OKU dan sebagainya
  • Golongan graduan / Individu yang menganggur melebihi 6 bulan
  • Kepada individu yang ingin membuat permohonan mesti berada pada had kelayakan umur iaitu berumur 18 tahun – 60 tahun pada tahun 2022
  • Semua pekerja dala Program ini harus membuat pendaftaranpada tahun 2022 di Platform Digital yang disediakan melalui PERKESO
Cara Membuat Permohonan

Berikut telah disediakan cara mudah untuk memohon Program SIP GIG 2022 :

  1. Kepada individu yang ingin membuat permohonan sila muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di App Store telefon pintar anda atau layari Portal Rasmi PERKESO – DI SINI
  2. Sila layari Laman Digital yang berdaftar dengan PERKESO
  3. Buat permohonan di aplikasi PERKESO Prihatin atai di Portal Rasmi PERKESO
  4. Kepada individu yang lulus permohonan sila log masuk aktiviti dan memuat naik setiap bulan untuk penerimaan Insentif kewangan

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin maklumat terperinci atau sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan ini boleh terus hubungi di talian Perkhidmatan Khas PERKESO

TEL : 1 300 22 8000 atau 03 8091 5300

Atau anda boleh terus layari Portal Rasmi PERKESO yang telah disediakan diatas.

INFO : Kepada anda yang telepas pandang senarai bantuan yang ada pada tahun ini (2022) boleh terus kelaman utama yang telah disediakan bagi menyemak bantuan yang layak untuk anda membuat permohonan di – SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button