BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKM Fasa 2 Dijangka Selesai Sebelum Raya Haji

Untuk sedia maklum pembayaran BKM Fasa 2 sedang dijalankan sebahagian besar penerima sudah dapat bayaran tersebut melalui kredit terus ke akaun dan tebus manual di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Namun ada sebahagian penerima masih belum terima bayaran, hal ini kerana pembayaran dijalankan secara berperingkat bermula 27 Jun 2022. Diharapkan kalian bersabar dan dijangkakan pembayaran akan selesai sebelum raya haji.

Kadar Bayaran BKM Fasa Kedua

Jumlah kadar bayaran bagi sesi Fasa 2 BKM adalah sebanyak RM 100 sehingga RM 500, bergantung kategori kelayakan. Jumlah sebelum ini adalah sehingga RM 400, namun baru-baru ini pihak kerajaan telah bersetuju menambah bayaran tunai sebanyak RM 50 kepada bujang dan RM 100 kepada isi rumah. Berikut telah menyebabkan jumlah bayaran fasa 2 sehingga RM 500, alhamdullilah sedikit sebanyak dapat membantu meringankan pembelanjaan.

Tarikh Pembayaran 

Tarikh rasmi pembayaran adalah bermula 27 Jun 2022 sehingg 5 julai 2022, dijadualkan pembayaran dilakukan secara berperingkat mengikut senarai bank. Bagi penerima tiada akaun bank, anda boleh tebus bayaran di cawangan BSN berhampiran anda bermula 27 Jun.

Semakan Status Pembayaran 

Jika anda ingin membuat semakan berkenaan berapakah jumlah yang akan terima dan status bayaran anda, anda boleh layari Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Seperti biasa, anda perlu log masuk akaun BKM anda dan semak maklumat, sekiranya bantuan ada sudah masuk, status akan dipaparkan “Berjaya kredit” dan tarikh duit masuk akan dipaparkan juga.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button