BANTUANKWSP

Bantuan Tambahan KWSP Berjumlah RM500

Bantuan tambahan KWSP berjumlah RM500 akan dikreditkan kepada pencarum di dalam akaun 1 masing-masing yang berkelayakan. Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju menawarkan inisiatif tambahan ini kepada ahli KWSP pada tahun ini.

BANTUAN TAMBAHAN KWSP 

Pada sidang Belanjawan 2023 pada Februari lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pihak kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran KWSP 2.0.

Dan atas dasar baki simpanan ahli terlalu rendah, namun beliau memaklumkan bahawa pihak kerajaan akan memberikan bantuan tambahan KWSP. Insentif berjumlah RM500 yang akan dikreditkan ke dalam akaun 1 penerima.

Program bantuan khas ini melibatkan hampir 1 bilion ringgit dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta ahli KWSP pada tahun ini. Kriteria kelayakan penerima insentif tambahan ini adalah seperti dibawah.

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi menerima insentif khas berjumlah RM500 ini seperti di bawah :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berusia 40 sehingga 54 tahun
  • Mempunyai baki simpanan KWSP kurang daripada RM10,000

PENGELURAN BANTUAN TAMBAHAN KWSP

Kepada ahli KWSP yang layak menerima bantuan tambahan (caruman) sebanyak RM500 ini, pengeluaran wang ini boleh dilakukan pada waktu tempoh matang. Ini bermaksud, pengeluaran hanya dibenarkan selepas mencapai umur 55 tahun.

Kepada ahli KWSP yang masih belum mencapai umur 55 tahun, anda hanya boleh membuat pengeluaran caruman tambahan ini apabila mencapai waktu tempoh matang.

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2 KWSP

Bagi yang belum tahu, baru-baru ini pihak KWSP telah melancarkan sebuah kemudahan pembiayaan pengeluaran khas bersyarat. Program yang dimaksudkan adalah FSA2 KWSP, dimana ahli boleh membuat permohonan pengeluaran pembiayaan sehingga RM50,000 secara one-off.

Jumlah pengeluaran adalah berdasarkan baki simpanan akaun 2 KWSP pemohon. Kepada yang berminat, sila semak panduan permohonan di laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

INFO LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan negeri dan persekutuan mahupun agensi di bawah kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button