BANTUANJKMKanak-kanak

Bantuan Kanak Kanak Sehingga RM1000 Sebulan

Bantuan Kanak Kanak adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan berbentuk kewangan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Program bantuan BKK ini diberikan setiap tahun kepada keluarga Malaysia yang mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah.

INSENTIF KEWANGAN KHAS BKK

Program bantuan BKK ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan masih diteruskan sehingga tahun 2023. Bantuan ini lebih menyasarkan kepada golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan keluarga b40.

Bantuan ini disalurkan bagi tujuan untuk membantu penjaga / keluarga yang mempunyai tanggungan anak yang masih bersekolah. Hal ini adalah supaya dapat meringankan beban keluarga tanpa menjejaskan pertumbuhan serta perkembangan mereka sebagai kanak kanak di dalam komuniti masyarakat.

Jika anda terlepas pandang, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan untuk mereka yang memerlukan. Untuk semakan senarai bantuan boleh ke laman utama – SEMAK DISINI

SYARAT KELAYAKAN BKK

Di bawah telah disediakan senarai syarat kelayakan golongan yang boleh membuat permohonan BKK seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang sah
  • Penjaga atau keluarga yang masih memberikan penjagaan kepada kanak-kanak
  • Kanak-kanak yang berumur dibawah 18 tahun
  • Sekiranya sedah melebihi 18 tahun, permohonan boleh dipertimbangkan jika masih bersekolah menengah atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk diketengah dan dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

KADAR JUMLAH BANTUAN BKK

Jika berkelayakan, anda boleh mendapatkan bantuan BKK dengan kadar seperti berikut:

  • Seorang anak berumur 7 hingga 18 tahun : RM 150 sebulan
  • Seorang anak berumur 6 tahun dan kebawah : RM 200 sebulan
  • Satu keluarga boleh mendapatkan sehingga RM 1,000 sebulan begantung bilangan anak

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN BKK

Sekiranya anda berkelayakan dan ingin membuat permohonan, sila lengkapkan borang permohonan bantuan JKM disediakan dibawah

  • Borang JKM 18 (Permohonan) – DI SINI
  • Borang JKM 20 (Kaji semula) – DI SINI

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, sila sertakan dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran anda. Sediakan dokumen seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan Ibu bapa dan anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil lahir anak
  4. Salinan penyata gaji jika ada
  5. Dokumen sokongan yang berkaitan

Untuk maklumat, setiap permohonan yang didaftarkan akan melalui secara siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan benar-benar diberikan kepada pemohon yang memerlukan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BKK ini, anda boleh layari portal rasmi JKM – KLIK DI SINI untuk rujukan semakan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button