BANTUANe-DompetFASA 3STR

Bayaran Bantuan STR & Edompet Dikreditkan Sebelum Raya Aidiladha

Bayaran bantuan STR & Edompet akan dikreditkan sebelum raya aidiladha iaitu penghujung bulan ini (Jun 2023) kepada seluruh rakyat Malaysia. Berita baik ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

BAYARAN BANTUAN STR & EDOMPET DIPERCEPATKAN

Atas dasar keprihatinan kerajaan, 2 inisiatif bantuan khas akan dibayar sebelum raya haji bulan ini. Perkara ini bagi membantu mereka yang menerima inisiatif ini dapat melakukan persiapan bagi menyambut hari raya korban tidak lama lagi.

Apa yang menarik, peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 ini melibatkan peruntukan sebanyak lebih daripada 2 bilion. Kadar bayaran pula diberikan sehingga RM1,300 bergantung kategori kelayakan dan ini adalah jumlah lebih tinggi daripada fasa 1 dan fasa 2.

Bagi pemberian bantuan edompet (kredit e-tunai belia rahmah) pula, kadar yang akan ditawarkan adalah sebanyak RM200 seorang. Golongan belia boleh menebus bantuan percuma ini sebelum hujung bulan ini.

SYARAT KELAYAKAN

Bagi pengetahuan umum, kriteria syarat kelayakan bagi program bantuan edompet RM200 ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 20 tahun
  • Golongan mahasiswa yang berstatus pelajar sepenuh masa

Bagi senarai penerima Sumbangan Tunai rahmah fasa ketiga sehingga RM1,300 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan Isi rumah
  • Bujang
  • Warga emas

SEMAKAN TEBUS BANTUAN ETUNAI

Pihak kerajaan telah membuka portal rasmi e-tunai belia rahmah, kepada golongan mahasiswa anda boleh membuat semakan penuh berkenaan bantuan khas ini. Sila layari laman rasmi program e-tunai belia rahmah – DI SINI

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3

Kepada penerima sedia ada STR bagi kategori bujang, warga emas dan isi rumah, anda boleh membuat semakan kemaskini status bayaran fasa ketiga. Layari portal rasmi MySTR – KLIK DISINI untuk semakan.

Nota : Kerajaan telah memaklumkan bahawa kedua-dua inisiatif berbentuk bantuan untuk rakyat ini akan mula diberikan sebelum raya aidiladha. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO LANJUT

Selain daripada bayaran bantuan STR & edompet ini, terdapat lebih banyak insentif yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button