BANTUANBWEJKM

Permohonan Bantuan BWE RM500 Sebulan

Permohonan bantuan BWE berjumlah RM500 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk makluman, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk tunai disediakan dalam skim bantuan kebajikan yang diselia sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN BWE

Salah satu bantuan yang ada ialah bantuan warga emas (BWE), inisiatif ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum. Atas faktor keprihatinan kerajaan dan masih relevan, bantuan ini diteruskan pada tahun ini.

Pihak kerajaan juga telah mengumumkan bahawa kenaikkan kadar berjumlah RM500 berbanding sebelum ini RM350. Bantuan BWE ini akan diberikan kepada pemohon yang layak secara bulanan sebanyak RM500 seorang.

KRITERIA KELAYAKAN BWE

Berikut telah disediakan kriteria syarat kelayakan bagi permohonan bantuan BWE sebanyak RM500 ini seperti dibawah :

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), Purata miskin per kapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon merupakan warga emas atau orang tua yang berumur 60 tahun dan keatas
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Pemohon tidak menginap di pusat jagaan harian (kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan percuma)
  • Bagi mana-mana kes yang berkeperluan layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

KADAR BAYARAN BWE

Bagi pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan warga emas (BWE) bernilai RM500 sebulan. Pembayaran akan diberikan secara automatik setiap bulan pada kadar jumlah yang sama.

PERMOHONAN BWE

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat. Sila layari pautan rasmi BWE JKM – DI SINI

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang tinggal sebumbung
  • Salinan slip gaji jika ada
  • Salinan sijil lahir anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sertakan dokumen sokongan yang berkaitan

BORANGAN PERMOHONAN :

  • Borang permohonan bantuan (JKM 18) – MUAT TURUN
  • Borang kaji semula bantuan (JKM 20) – MUAT TURUN

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bantuan BWE ini, sila hubungi talian khas JKM di 03-8000 8000 atau hadir secara terus ke pejabat JKM berdekatan anda.

INFORMASI LANJUT

Selain daripada bantuan khas untuk warga emas ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button