BANTUANe-Dompet

Bantuan Kredit E-Dompet Percuma Bernilai RM200

Bantuan kredit e-dompet percuma berjumlah RM200 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan yang diperkenalkan pada tahun ini. Untuk makluman, pihak kerajaan bakal menawarkan bantuan khas ini kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

BANTUAN KREDIT E-DOMPET 2023

Bagi pengetahuan umum, bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Namun telah dijenamakan semula iaitu eBelia (2021), ePemula (2022) dan tahun ini Kredit e-tunai belia rahmah.

Pada tahun sebelum ini bantuan e-dompet ini diberikan pada kadar bantuan sebanyak RM150 seorang. Apa yang menarik pada tahun ini pihak keraajaan bersetuju untuk menaikkan kadar kepada RM200 seorang.

Tujuan perlaksanaan inisiatif khas ini selain daripada meringankan beban ia juga secara langsung dapat memupuk budaya pembelian tanpa tunai (cashless).

JUMLAH BANTUAN

Perlaksanaan program bantuan kredit e-dompet ini akan diberikan dengan nilai RM200 seorang. Pemberian bantuaan khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta orang yang terdiri daripada golongan belia.

KRITERIA KELAYAKAN 

Untuk memohon bantuan khas ini terdapat beberapa kriteria kelayakan yang perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Golongan belia berumur 18 sehingga 20 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Bantuan kredit e-dompet diperluaskan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur

Nota : Untuk sedia maklum, tarikh permohonan masih belum dibuka. Berdasarkan tahun lalu, bantuan khas ini dijangka akan dilaksanakan sebelum pertengahan tahun ini.

Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bagi informasi umum. Bantuan khas e-dompet ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembetangan BELANJAWAN 2023 Februari lalu.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini untuk meringankan beban rakyat. Anda boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button