BANTUANFasa 4STRSumbanganTunaiRahmah

STR : Pemberian Fasa 4 Dikreditkan Berperingkat Pada Bulan Ini

STR : Pemberian Fasa 4 bantuan tunai akan mula dikreditkan berperingkat pada bulan ini iaitu November 2023. Seperti sedia maklum, bantuan ini adalah merupakan inisiatif khas yang diberikan kepada mejoriti rakyat Malaysia pada tahun ini.

STR : PEMBERIAN FASA 4 AKAN DIKREDITKAN

Untuk makluman umum, pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tunai (BKM) tahun lalu. Pembayaran STR dilakukan secara 2 kaedah iaitu secara tebus tunai di BSN dan pengkreditan terus ke dalam akaun bank.

Pengagihan fasa pertama hingga fasa ketiga STR telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari, April dan Jun lalu. Kategori yang terlibat menerima insentif istimewa STR ini adalah terdiri daripada bujang, isi rumah dan warga emas.

Pada bulan ini (November) adalah merupakan pembayaran buat fasa terakhir yang akan dibayar kepada rakyat. Pengagihan secara berperingkat dijangkakan akan mula dibayar pada pertengahan atau penghujung bulan ini.

KADAR PEMBERIAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI

Kepada yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah memaklumkan kadar jumlah bayaran bagi fasa keempat STR adalah sehingga RM1,200. Jumlah yang akan diterima adalah mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak seperti di bawah.

KATEGORI ISI RUMAH (B40) PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500

  1. Isi rumah yang tidak mempunyai anak – RM200
  2. Isi rumah yang mempunyai tanggungan anak (1-2) – RM600
  3. Isi rumah yang mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM900
  4. Isi rumah yang mempunyai tanggungan anak (5 keatas) – RM1,200

ISI RUMAH (M40) PENDAPATAN DI BAWAH RM5,000

  1. Isi rumah yang tidak mempunyai anak – RM0
  2. Isi rumah yang mempunyai tanggungan anak (1-2) – RM0
  3. Isi rumah yang mempunyai tanggungan anak (3-4) – RM300
  4. Isi rumah yang mempunyai tanggungan anak (5 keatas) – RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN KEATAS) & BUJANG (21-59 TAHUN)

  1. Warga emas – RM200
  2. Bujang – RM0

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR & PERMOHONAN BARU

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh membuat semakan status bayaran secara online. Sila layari laman rasmi MySTR – KLIK DISINI

Untuk bukan penerima STR, berita gembira untuk anda kerana permohonan baru mula dibuka pada bulan ini. Untuk kemukakan permohonan dalam talian, anda perlu rujuk di laman rasmi STR yang disediakan di atas.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif terutama berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button