Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am Persekutuan 2024 : Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Bantuan Am Persekutuan 2024 : Inisiatif khas (BA) ini terus dilancarkan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Untuk sedia maklum, program perlaksanaan bantuan am ini adalah merupakan sebahagian daripada insentif bantuan tahun ini.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN 2024

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai bantuan am persekutuan. Program ini boleh disertai jika berada dalam golongan berkelayakan dan memerlukan.

Tujuan utama perlaksanaan program ini masih diteruskan adalah bagi membantu keluarga/ individu yang kurang berkemampuan dan berkeperluan. Dengan adanya insentif tambahan diberikan secara bulanan ini dapat membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka yang komuniti.

KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Pihak JKM telah menetapkan jumlah kadar bayaran bantuan (BA) ini mengikut kategori kelayakan. Minimum sebanyak RM100 seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga, kepada pemohon yang layak mereka akan menerima bantuan ini setiap bulan.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM 2024

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan bantuan khas ini adalah seperti berikut :

  • Ditawarkan kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Kategori yang berada dalam golongan memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi dibawah mana-mana skim bantuan JKM yang lain.

PANDUAN CARA MOHON BANTUAN AM

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi meringankan beban kewangan. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan JKM (BA)

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman rasmi tersebut, pendaftaran secara manual juga boleh dilakukan dengan hadir ke pejabat kebajikan berhampiran. Kadar bantuan am negeri adalah berbeza mengikut negeri-negeri yang ada dalam Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button