BANTUANBKMBKM Tambahan

Pembayaran BKM Tambahan RM500 ~ Semak Senarai Penerima

Pembayaran BKM tambahan adalah merupakan inisiatif lebih yang diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia tahun ini. Program bantuan khas ini adalah insentif tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia terutama kepada kumpulan B40 dan golongan sasar.

Bantuan BKM ini telah diperkenalkan dalam Bajet 2022 yang memberi manfaat kepada golongan isi rumah b40, m40, bujang serta warga emas pada tahun ini.

BANTUAN BKM 2022

Untuk sedia maklum, bantuan keluarga Malaysia ini disalurkan secara berperingkat yang melibatkan empat fasa pada tahun 2022. Bermula pada bulan Mac, Jun, September dan November 2022. Bagi kadar jumlah bantuan diberikan adalah berbeza mengikut kelayakan kategori penerima, maksimum bayaran adalah sebanyak RM2,000.

Pihak kerajaan juga turut memberikan pembayaran BKM tambahan kepada penerima bantuan ini. Namun bukan semua kategori layak mendapatkan insentif tambahan sebanyak RM500 ini. Berikut disediakan maklumat kategori yang layak menerima bantuan tambahan ini.

KATEGORI LAYAK & KADAR BKM TAMBAHAN

Berikut dikongsikan kadar dan kategori yang layak menerima bayaran BKM tambahan seperti dibawah :

  • Bayaran tambahan BKM sebanyak RM300 kepada kumpulan penerima kategori isi rumah yang berstatus warga emas yang mempunyai tanggungan anak menepati syarat layak.
  • Bayaran tambahan BKM sebanyak RM500 kepada kumpulan penerima kategori isi rumah yang berstatus ibu bapa tunggal (IBT) yang mempunyai tanggungan anak menepati syarat layak.

JADUAL BAYARAN BKM 2022

Dibawah telah disediakan jadual tarikh pembayaran BKM tahun ini mengukit Fasa yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pembayaran FASA 1 bermula 28 Mac 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Pembayaran FASA 2 bermula 27 Jun 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Pembayaran FASA 3 bermula 20 September 2022 dikreditkan secara berperingkat
  • Pembayaran FASA 4 tarikh awal pada Disember tetapi telah diawalkan bermula 15 November 2022 dikreditkan secara berperingkat sehingga selesai.

PANDUAN SEMAK KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

Sekiranya anda ingin semak status kategori BKM anda, semakan boleh dilakukan secara atas talian. Sila layari portal rasmi MyBKM – DI SINI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan keluarga Malaysia ini, sila hubungi talian khas BKK LHDNM di 1-800 88 2747.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terlepas pandang, selain daripada bantuan tunai BKM ini terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan yang masih disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang berkelayakan memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon, sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button