BANTUANeGumis

EGUMIS : Panduan Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

Egumis : panduan semakan wang tidak dituntut atau dikenali sebagai WTD telah disediakan untuk rujukan rakyat Malaysia pada tahun ini. Untuk makluman umum, portal Egumis merupakan sebuah sistem yang membolehkan anda menyemak bagi mengetahui sama ada anda mempunyai wang tidak dituntut atau tidak.

WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) 2023

Untuk sedia maklum, sistem egumis ini diperkenalkan bagi memudahkan urusan dalam semakan wang tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Semakan boleh dibuat secara atas talian (online).

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah wang tidak dituntut ini. Bagi pengetahuan umum, wang tidak dituntut ini merupakan duit yang tidak dituntut oleh individu dan wang ini boleh datang dari pelbagai sumber yang sepatutnya diberikan kepada individu (tempoh telah luput).

Mengikut statistik data semakan, ramai yang tidak tahu mereka mempunyai WTD yang boleh dituntut dan sebahagian telah berjaya mendapatkan wang mereka. Ada yang dapat tuntut WTD sehingga ribuan ringgit dan akan yang tiada.

WTD DARI PELBAGAI SUMBER

Untuk makluman, wang tidak dituntut ini boleh datang dari pelbagai sember kategori seperti berikut :

  • Gaji, upahan, komisyen, bonus serta wang berkaitan yang perlu dibayar kepada kakitangan
  • Wang tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Dividen
  • Keuntungan yang telah diisytihar dan perlu dibahagikan
  • Wang dividen
  • Simpanan wang yang telah matang tanpa arahan pembaharuan secara automatik
  • Wang deposit atau cagaran yang yang telah tercapai
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang berbaki kredit
  • Cashier order, draf bank atau dokumen lain yang berkaitan mempunyai fungsi sama dimana tempoh sah laku telah luput.

Tambahan, wang yang di dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun juga termasuk dalam WTD yang boleh dituntut seperti berikut :

  • Akaun bank semasa
  • Akaun simpanan
  • Simpanan tetap yang mempunyai arahan pembaharuan tetap.

EGUMIS : PANDUAN SEMAKAN WANG (WTD)

Sistem egumis ini diwujudkan bagi memudahkan urusan semakan dan tuntutan wang oleh mereka yang mempunyainya. Egumis telah dilancarkan oleh Jabatan Akauntan negara Malaysia.

Bagi anda yang ingin membuat semakan dan tuntutan jika ada wang boleh dibuat secara online. Panduan cara semak telah disediakan seperti berikut :

  • Langkah pertama, sila layari portal rasmi EGUMIS – DI SINI
  • Di halaman tersebut telah disediakan cara semakan
  • Anda hanya perlu isi maklumat yang diperlukan
  • WTD akan dipaparkan jika anda mempunyainya
  • Tuntutan boleh dibuat sekiranya anda WTD.

Sistem Egumis hanya ada mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga 2022. Di dalam tahun tersebut jika anda mempunyai WTD, wang tersebut anda boleh dapatkan.

INFO : Anda hanya dibenarkan untuk membuat carian semakan status sebanyak 2 kali sehari sahaja. Untuk maklumat lebih terperinci, anda boleh layari portal rasmi egumis yang disediakan diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, program berbentuk bantuan tunai dan inisiatif untuk mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai program bantuan kewangan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button