FSA2KWSPPengeluaran PenuhPengeluaran sebahagian

3 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan : Semak Sekarang

Untuk makluman, terdapat 3 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini yang boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia. Pelbagai kemudahan dan inisiatif telah disediakan untuk meringankan beban rakyat.

3 JENIS PENGELUARAN KWSP

Pada tahun 2023, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menawarkan beberapa kemudahan untuk ahli KWSP. Walaupun pengeluaran khas 2.0 dan bersasar tidak dapat diluluskan atas faktor tertentu, terdapat kemudahan yang boleh dilakukan.

Ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu sebenarnya mereka boleh membuat pengeluaran wang simpanan mereka. Di halaman ini dikongsikan berkenaan 3 jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini.

JENIS PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP

Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran sebahagian wang simpanan kepada ahli yang berkelayakan. Pengeluaran sebahagian boleh dilakukan melalui akaun 2 KWSP, dan berikut adalah senarai jenis pengeluaran sebahagian yang dibenarkan untuk tujuan peribadi seperti di bawah.

  1. Umur 50
  2. Bina Rumah
  3. Beli Rumah
  4. Pendidikan
  5. Mengurangkan/ menyelesaikan baki pinjaman rumah
  6. Ansuran bulanan pinjaman perumahan
  7. Perumahan PR1MA
  8. Perumahan fleksibel
  9. Kesihatan
  10. Menunaikan Ibadah Haji
  11. Simpanan melebihi 1 juta

PENGELUARAN PENUH KWSP

Bukan sebahagian sahaja, ahli juga boleh mengeluarankan kesemua simpanan KWSP mereka. Di bawah adalah jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan untuk tujuan peribadi seperti berikut.

  1. Umur 55
  2. Umur 60
  3. Hilang Upaya
  4. Meninggalkan Negara
  5. Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan
  6. Kematian

FASILITI SOKONGAN AKAUN 2

Kemudahan pengeluaran KWSP yang baru dibenarkan adalah pembiayaan peribadi melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) dari institusi perbankan. Bagi pengeluaran FSA2 fasa pertama, permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 – 55 tahun.

Kemudahan ini diadakan bagi membantu ahli membuat pembiayaan peribadi. Kadar pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000.

DAFTAR PERMOHONAN

Kepada pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan peribadi seperti diatas, permohonan boleh dikemukakan. Untuk semakan syarat dan cara daftar permohonan, sila layari laman web rasmi KWSP – KLIK DISINI

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan yang disedikan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button