BANTUANBKMFasa 2Tarikh Pembayaran

Pembayaran BKM Fasa 2 Sudah Hampir Tiba, Semak Maklumat Segera

Bagi sedia maklum, pada tahun 2022 Program Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan insentif bantuan berbentuk tunai dari pihak Kerajaan bagi membantu majoriti keluarga Malaysia yang memerlukan. Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan bahawa hampir 8 juta penerima BKM akan menerima faedah dan manfaat bermula pada 28 Mac 2022 secara berpeingkat dan fasa dengan impikasi kewangan berjumlah RM 8.2 Bilion ringgit.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Program bantuan BKM ini telah ditambah baik daripada bantuan kewangan sebelum ini . Nilai bantuan telah ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi kategori isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai 1 dan 2 orang anak dan melebihi 3 orang anak. Melalui BKM juga terdapat bayaran tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu bapa tunggal dan warga emas.

KADAR BANTUAN BKM FASA 2

Untuk makluman, pembayaran bagi BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas yang akan mendapatkan bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 400 bergantung kategori kelayakan penerima. Bagi BKM Fasa 2 kategori bujang tidak akan menerima bayaran kerana kategori tersebut hanya akan terima bayaran pada fasa 1 RM 200 dan Fasa 3 RM 150.

Anda boleh semak status permohonan anda untuk mengetahui berapa jumlah bayaran yang anda akan terima, sila layari Portal Rasmi BKM untuk tujuan semakan – DI SINI

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Untuk sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada bulan Jun 2022 secara berperingkat dan akan dikreditkan ke akaun bank penerima.

Seperti bayaran BKM Fasa 1, dijangkakan tarikh pengkreditan BKM Fasa 2 adalah pada penghujung bulan Jun sekitar 28 hingga 30 Jun 2022, manakala bagi penebusan secara tunai bermula 30 Jun 2022.

Nota : Data penerima bantuan sebelum ini seperti BPR, BKC secara automatik layak ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

RAYUAN BKM 

Bagi anda yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan boleh dibuat pada 2 Mei sehingga 2 Jun 2022.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2022, selain BKM terdapat lebih bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button