BANTUANInsentifKerajaan

Pemberian Insentif Bantuan RM2000 : Dibayar 23 Februari 2024

Pemberian Insentif Bantuan RM2000 adalah merupakan sebahagian inisiatif dibawah Belanjawan 2024 yang melibatkan secara keseluruhan. Untuk makluman, insentif khas ini akan mula dikreditkan pada penghujung bulan ini kepada mereka yang terlibat.

PEMBERIAN INSENTIF BANTUAN RM2000

Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pemberian insentif bantuan kewangan RM2,000 akan mula dibayar pada 23 Februari ini. Perkara Ini merupakan bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam.

Inisiatif istimewa ini akan memberi manfaat kepada golongan penjawat awam gred 56 dan kebawah dan merangkumi lantikan kontrak. Pemberian ini adalah menandakan keprihatinan kerajaan sebagai penghargaan kepada sumbangan penjawat awam.

OBJEKTIF PERLAKSANAAN PEMBERIAN INSENTIF BANTUAN

Pemberian insentif khas ini diperkenalkan adalah bertujuan meringankan beban kewangan lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai tanggungan anak yang sedang memasuki sesi persekolahan. Kajian sistem saraan perkhidmatan awam akan lebih menelitikan keperluan semua skim perkhidmatan.

Dengan adanya sumbangan insentif ini dapat membantu mereka yang berkelayakan meringankan beban kos sara hidup pada waktu ini. Kadar pemberian bantuan khas ini yang akan dibayar pada hujung bulan ini mengikut kategori seperti yang telah ditetapkan.

KADAR BAYARAN INSENTIF BANTUAN

Di bawah adalah senarai penerima insentif bantuan kerajaan mengikut kategori yang telah dimaklumkan seperti berikut :

  • Bantuan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam bernilai RM2000 : Kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • Bantuan insentif bernilai RM1000 : Kepada jawatan sektor awam yang merangkumi badan beruniform seperti polis, tentera, bomba dan berkaitan
  • Bantuan insentif bernilai RM1000 : Kepada pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN PEMBERIAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 pembayaran akan disalurkan secara berperingkat kepada rakyat yang terlibat. Pengkreditan akan diagihkan bermula 23 Februari 2024 sehingga selesai dibayar.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai telah disediakan kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button