BANTUANSTR

Cara Semak Status Pembayaran STR Fasa 1

Cara semak status pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1. Kini seluruh rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan status bayaran bagi bantuan khas ini.

Untuk sedia maklum, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pembayaran bantuan STR fasa 1 telah mula dikreditkan. Pemberian ini untuk penerima mempunyai kad bank dan tebus secara tunai di cawangan Bank BSN bagi yang tiada kad bank.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Untuk makluman bantuan STR ini adalah merupakan inisiatif berbentuk kewangan yang telah dijenamakan semula dari Bantuan Tunai Rakyat (BTR). Pemberian bantuan ini secara rasmi telah diberitahu oleh pihak kerajaan pada bulan ini.

Bermula 17 Januari 2023 bersamaan hari selasa, pembayaran akan mula disalurkan ke akaun bank masing-masing. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, anda boleh tuntut bantuan STR fasa 1 di mana-mana cawangan BSN berdekatan anda. Sila bawa kad pengenalan untuk bukti semakan dan tuntutan juga boleh dibuat bermula hari ini.

KATEGORI DAN KADAR BAYARAN STR FASA 1

Pembayaran STR fasa 1 akan melibatkan 3 kategori penerima dengan kadar jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Kategori Bujang : Dapat bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100
  • Kategori Warga emas (bujang) : Dapat bayaran STR fasa 1 sebanyak RM100
  • Kategori Isi rumah (keluarga) : Dapat bayaran STR fasa 1 sebanyak RM300.

Suka dimaklumkan pembayaran fasa 1 ini akan diberikan secara sekali bayaran dan berperingkat mengikut bank masing-masing. Seperti bantuan kewangan tahun lalu, bayaran akan diterima awal bagi pemegang kad bank BSN dan diikuti bank-bank lain.

CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN STR FASA 1

Untuk makluman, bermula hari ini laman portal rasmi STR telah dibuka. Bagi anda yang ingin membuat semakan status bayaran atau kemaskini maklumat, panduan semakan telah disediakan dibawah :

  • Sila layari portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –KLIK DISINI
  • Kemudian anda perlu log masuk dengan mengunakan nombor kad pengenalan
  • Setelah masuk ke laman utama, anda boleh membuat semakan
  • Status pembayaran STR fasa 1 akan dipaparkan pada skrin anda.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan STR ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button