BANTUANBKK

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Mula Dikreditkan Hari Ini

Bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM350 dan RM700 mula dikreditkan ke akaun masing-masing pada hari ini. Pemberian bantuan khas ini diberikan sama waktu dengan pembayaran sumbangan tunai rahmah (STR) bermula hari ini bersamaan 17 Januari 2023.

BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) 2023

Pemberian bantuan khas kewangan ini adalah merupakan inisiatif yang diberikan oleh pihak kerajaan. Bantuan ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Insentif berbentuk tunai ini diberikan atas dasar keprihatinan kerajaan. Bagi menghargai jasa mereka yang telah berkhidmat dalam apa jua keadaan terutama kepada masyarakat di seluruh negara.

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pemberian bayaran bantuan khas kewangan ini akan diberikan secara kredit terus ke akaun bank penerima pada 17 Januari 2023.

KADAR DAN KATEGORI BKK 2023

Untuk makluman, kadar bayaran yang akan diterima adalah sebanyak RM700 bagi penjawat awam mempunyai gred 56 dan kebawah. Bagi veteran / pesara kerajaan akan menerima sebanyak RM350.

Pemberian bantuan khas ini akan diberikan secara sekali bayar sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak mendapatkannya.

Maklumat tambahan, pada tahun ini pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kenaikkan gaji tahunan (KGT) tambahan khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 sehingga 56.

TARIKH BAYARAN BKK 2023

Untuk makluman, pada sidang Bajet Mini 2023 pada Disember lalu. Pihak kerajaan telah mengumumkan secara rasmi bayaran bantuan khas kewangan akan mula diberikan pada 17 Januari 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Untuk makluman info tambahan, pemberian sumbangan tunai rahmah (STR) adalah penjenamaan semula bagi bantuan tunai rakyat (BTR). Pembayaran bantuan STR fasa 1 telah diumumkan bermula 17 Januari 2023 (selasa) bersama bayaran bantuan BKK bagi penjawat awam dan pesara kerajaan. Penerima bantuan boleh membuat semakan melalui akaun bank masing-masing.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan khas kewangan ini, terdapat pelbagai bantuan telah diperkenalkan dan bakal dilaksanakan pada suku pertama tahun ini. Untuk anda yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button