BANTUANePemula

Program Bantuan E-Pemula RM200 Untuk Rakyat Malaysia

Program bantuan e-pemula diteruskan pada tahun 2023 dengan kadar bantuan baru untuk rakyat Malaysia. Untuk makluman umum, bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini dan disebabkan ia masih relevan dan memberi manfaat kepada rakyat, program bantuan ini disetujui oleh pihak kerajaan untuk diteruskan pada tahun ini.

Perkara ini telah diumumkan pada sidang pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini. Di halaman ini telah dikongsikan maklumat ringkas berkenaan bantuan e-pemula.

E-PEMULA TAHUN 2023

Bagi pengetahuan umum, atas dasar prihatin kerajaan terhadap rakyat yang memerlukan terutama golongan belia. Program bantuan khas ini diteruskan pada tahun 2023. Bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless) insentif ini akan memanfaatkan kira-kira seramai 10 juta golongan belia b40 dan m40 pada tahun ini.

Untuk sedia maklum, program bantuan e-pemula ini perlaksanaannya telah diperluaskan kepada kumpulan tambahan. Di mana golongan belia M40 juga akan dapat menerima manfaat inisiatif khas ini.

Tambahan apa yang menarik, program bantuan e-pemula tahun ini akan menawarkan kenaikkan kadar bantuan ewallet percuma sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150.

Info tambahan, pembayaran bantuan STR fasa 1 telah mula dikreditkan pada 17 Januari 2023. Jika anda ingin semak status bayaran atau kemaskini, sila layari portal rasmi STR – DI SINI untuk semakan.

SYARAT KELAYAKAN E-PEMULA 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuna e-pemula seperti dibawah :

E-PEMULA BELIA B40 : Terbuka kepada kumpulan belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun dan 21 tahun keatas bagi pelajar sepenuh masa.

E-PEMULA M40 : Kumpulan golongan M40 yang mempunyai pendapatan tahunan dibawah RM100,000.

KADAR BANTUAN E-PEMULA

Berikut adalah kadar bayaran ewallet yang akan diberikan secara percuma kepada 2 kategori seperti dibawah :

  • E-Pemula Belia B40 : RM200
  • E-Pemula M40 : RM100
  • Bayaran bantuan khas ini boleh ditebus sekali sahaja (one-off).

Dijangkakan program bantuan e-pemula ini akan dilaksanakan pada suku pertama tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan ewallet untuk belia ini, terdapat pelbagai inisiatif terutama bantuan berbentuk tunai telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Sekiranya anda terlepas pandang, masih terlalu awal. Anda boleh semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button