BANTUANMySARAPemberian

MySARA : Pemberian Bantuan Dikreditkan Secara Berperingkat

MySARA : Pemberian Bantuan tambahan berjumlah sehingga RM1,200 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima STR. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini adalah merupakan sebahagian bantuan dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN MYSARA

Kepada kalian yang terlepas pandang atau tidak tahu, kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program MySARA bagi sesi tahun 2024. Pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini merupakan insentif tambahan yang diberikan kepada penerima STR yang layak.

Apa yang menarik adalah kadar jumlah pada tahun ini telah ditingkatkan kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun lalu. Bukan itu sahaja, pada tahun ini pemberian insentif SARA juga telah diperluaskan kepada sekitar 700,000 penerima STR.

Tujuan utama program MySARA ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Dengan adanya insentif tambahan ini, mereka boleh menggunakan untuk pembelian barangan keperluan asas.

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah yang berstatus kurang berkemampuan pada tahun ini. Semakan status kelayakan boleh dilakukan bagi mengenalpasti sama ada layak atau tidak menerima bantuan ini tanpa perlu kemukakan permohonan.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN MYSARA 2024

Pada tahun ini jadual pembayaran adalah berbeza mengikut kawasan negeri penerima yang layak. Bagi neger-negeri di semenanjung, pengkreditan secara berperingkat bermula Januari sehingga Disember 2024 pada kadar yang ditetapkan.

Bagi penerima negeri Sabah dan Sarawak, mereka akan menerima insentif ini sebanyak 2 kali pembayaran iaitu pada bulan Februari dan Ogos 2024. Insentif tambahan SARA tahun ini juga disalurkan kepada kategori bujang dan isi rumah yang berstatus miskin dan miskin tegar.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN MYSARA 

Bagi penerima di negeri-negeri semenanjung, pemberian bantuan dilakukan secara pengkreditan ke dalam MyKAD. Manakala negeri Sarawak dan Sabah akan menerima bantuan ini secara pengkreditan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional atau tebus tunai di kaunter.

PANDUAN SEMAKAN STATUS MYSARA 2024

Jika anda penerima STR, semakan status boleh dilakukan secara online tanpa perlu kemukakan permohonan. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button