Bajet 2023BANTUANBKM

BAJET 2023~ Kadar Bayaran Baharu Bantuan Keluarga Malaysia Tahun 2023

Berita gembira untuk semua rakyat Malaysia. Baru-baru ini menerusi sidang Bajet 2023 di dewan rakyat, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan dengan kadar bantuan baru akan diberikan.

Untuk BKM 2023, akan diberikan jumlah bantuan sehingga maksima RM 2,500 kepada penerima yang berkelayakan. Jumlah tersebut bagi membantu meringankan beban kos pembelanjaan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik dari segi kewangan pada tahun hadapan. Namun kemungkinan akan ada penambahan kadar bayaran mengikut pengumuman semasa dari pihak kerajaan.

Bagi makluman semua menerusi Bajet 2023, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 7.8 bilion yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 8.7 juta penerima BKM.

Bayaran Fasa Akhir BKM 2022 Pada Disember

Untuk peringatan, kepada penerima BKM tahun ini anda boleh mendapatkan bayaran fasa ke 4 pada bulan Disember sebelum memasuki tahun 2023. Untuk membuat semakan status atau kemaskini, anda boleh layari Portal rasmi BKM – DI SINI

Perlu Atau Tidak Kemaskini Maklumat Untuk BKM 2023?

Untuk makluman, anda perlu mengemaskini maklumat jika anda mempuyai sebarang perubahan. Sekiranya tiada, anda tidak perlu membuat kemaskini. Bagi individu yang tidak dapat BKM 2022, anda boleh membuat permohonan baru bagi tahun 2023.

Maklumat Lanjut

Selain dari BKM 2023, terdapat pelbagai jenis bantuan telah diumumkan pada sidang Bajet 2023. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan tahun hadapan yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button