BANTUANBeliaPERKESO

Program Skim Bantuan Khas Tunai RM 1,000 Untuk Rakyat Malaysia

Ramai yang terlepas pandang berkenaan kewujudan bantuan ini, terdapat satu program skim bantuan tunai yang ada pada tahun 2022. Pihak Kerajaan telah mengumumkan insentif bantuan khas kepada Belia RM 1,000 untuk mereka yang berumur dari 18 tahun sehingga 30 tahun pada tahun 2022.

Program Insentif RM 1,000

Bagi setiap majikan yang mempunyai pekerja terdiri dalam golongan belia yang berumur 18 – 30 tahun layak untuk memohon bantuan tunai khas RM 1,000 ini menerusi program perantisan.

Melalui program perantisan ini, ia dapat memberikan peluang pendapatan kepada golongan atau individu yang sedang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan secara tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training tahun ini.

Syarat Kelayakan 

Menerusi Program Penjana Kerjaya ini, kepada yang ingin memohon insentif bantuan RM 1,000 perlu semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Individu yang sedang menggangur dan tidak mempunyai pendapatan secara tetap
  • Merupakan lepasan sekolah atau graduan yang berusia 18 tahun sehingga 30 tahun
  • Individu / belia yang pernah mengikuti mana-mana program perantisan yang berdaftar di mana-mana syarikat dan badan berkanun.

Kadar Insentif

Antara insentif yang akan diterima oleh perantis / majikan dalam program khas ini adalah seperti berikut :

  • Bayaran Insentif sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada yang mempunyai lepasan sekolah atau graduan dalam program Perantisan
  • Gaji atau elaun bulanan minimum adalah sebanyak RM 1,200
  • Tempoh bayaran yang diberikan secara bersyarat kontrak perkhidmatan minimum adalah selama 3 bulan
  • Kepada majikan diberikan peluang untuk mohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM 4,000
  • Pekerja jugak turut layak untuk mendapatkan elaun / insentif kesediaan kerja.

Cara Mohon

Bagi sebarang permohonan, anda perlu memohon Penjana Kerjaya secara online melalui Portal Rasmi PERKESO – DI SINI

Bagi para belia yang ingin menyertai Program Perantisan, kalian boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi maklumat anda bagi boleh melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di MyFutureJobs,  rujukan – DI SINI

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan insentif program ini, anda boleh hubungi talian khas penjana kerjaya – 03 8091 5300 / 1 300 88 2000 atau e-mel ke alamat [email protected].

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button