BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Bantuan RM500 Sebulan Untuk Yang Memerlukan (2024)

BWE : Bantuan RM500 sebulan diteruskan bagi tahun 2024 bagi meringankan beban mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, inisiatif khas BWE berbentuk bantuan kewangan ini ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

PROGRAM BANTUAN BWE RM500 SEBULAN

Pihak kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Warga Emas (BWE).  Program ini merupakan sebuah bantuan kewangan dibawah Belanjawan 2024.

Perlaksanaan skim bantuan istimewa ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM bagi sesi tahun 2024. Dengan adanya bantuan khas ini dapat membantu meringankan beban golongan berkelayakan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

KADAR BANTUAN BWE TAHUN 2024

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif berjumlah RM500 sebulan. Pembayaran akan dilakukan secara automatik kepada penerima setiap bulan dan amaun tersebut boleh digunakan untuk menanggung kos sara hidup.

Untuk mereka yang menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dikemukakan bagi sesi tahun ini. Perlaksanaan program bantuan JKM ini memfokuskan membantu rakyat Malaysia terutama yang berstatus miskin dan miskin tegar.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas permohonan bantuan warga emas ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Dibuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
  • Kategori berstatus warga emas/ orang tua
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), Purata miskin per kapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM
  • Tidak menetap di pusat jagaan harian atau kediaman yang menyediakan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN BWE

Sekiranya anda, ahli keluarga atau kenalan yang menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dilakukan bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman utama – BWE 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah melancarkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button