Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Skim Pengeluaran KWSP Bersyarat : Dibenarkan Pada Bulan Ini

Skim Pengeluaran KWSP Bersyarat fasa 1 dibenarkan pada bulan ini kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk makluman, inisiatif kemudahan FSA2 ini telah dilancarkan pada bulan April tahun lalu.

SKIM PENGELUARAN KWSP BERSYARAT (FASA 1)

Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah inisiatif kemudahan. Pengeluaran khas bersyarat FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan butiran kelayakan dan kadar yang berbeza.

Buat masa ini sepanjang tahun 2024, permohonan bagi pengeluaran FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada ahli yang layak. Tujuan utama kemudahan skim pengeluaran ini diadakan adalah bagi membantu pencarum KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

KADAR PENGELUARAN KWSP BERSYARAT FSA2

Bagi pengetahuan umum, pihak KWSP telah menetapkan kadar pembiayaan pengeluaran yang dibenarkan melalui FSA2 fasa pertama (1). Minimum pengeluaran adalah serendah RM3,000 dan maksimum sehingga RM50,000 secara one-off.

Selepas pengemaskinian maklumat, institusi perbankan yang terlibat bagi pengeluaran KWSP FSA2 Fasa 1 adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), MBSB Bank dan CIMB Bank.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi membuat pengeluaran khas melalui FSA2 KWSP ini. Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 55 tahun (Syarat fasa 1)
  • Simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Permohonan boleh dikemukakan sekali sahaja
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  • Memenuhi dan mematuhi terma serta syarat yang telah ditetapkan pihak bank.

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN FSA2

Kepada ahli/ pencarum KWSP yang menepati kelayakan dan memerlukan pembiayaan pengeluaran untuk tujuan peribadi. Permohonan boleh dikemukan secara online, panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – FSA2 KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai. Perkara ini adalah sebagai tanda penghargaan dan membantu meringankan beban rakyat terutama golongan terjejas.

Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button