KWSPPengeluaran Bersasar

Jenis Pengeluaran Khas KWSP Bersasar Yang Dibenarkan Pada Waktu Ini

Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah mengumumkan bahawa pengeluaran khas 2.0 tidak akan dilaksanakan pada tahun ini. Namun terdapat pengeluaran wang KWSP yang lain yang boleh dibuat untuk para pencarum untuk kegunaan peribadi.

Tahukah anda pada tahun ini,  terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi menepati syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP untuk pengeluaran di AKAUN 2 KWSP. Duit tersebut merupakan wang para pencarum sendiri yang terkumpul dalam tabung dan caruman yang dibuat melalui pengeluaran Akaun 2 KWSP masing-masing.

Pengeluaran melalui Akaun 2 KWSP adalah bagi tujuan peribadi ahli sendiri dan tujuan untuk membina rumah atau mengubah suai rumah untuk peribadi , pendidikan dan lain-lain perkara sebenarnya dibenarkan untuk mengeluarkan pengeluaran KWSP akaun 2.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP kini dibenarkan bagi para pencarum yang mempunyai tujuaan seperti yang telah disenaraikan. Ramai yang tidak berpuas hati ekoran kesulitan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dalam akaun mereka.

Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 Bertujuan Peribadi

Seperti yang telah disediakan anda boleh semak maklumat termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, panduan mohon duit pengeluaran akaun 2 KWSP untuk tujuan peribadi pada tahun 2022.

Pembayaran Ibadah Haji

Bagi mengurangkan beban kos menunaikan ibadah haji ahli, wang daripada akaun 2 anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan pihak Lembaga Tabung Haji – Syarat Kelayakan KWSP HAJI

Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah

Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri pertama sama ada melalui pembinaan baru , rumah subsale, rumah lelong atau beli melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2022 – Syarat Kelayakan KWSP Beli Rumah

Pembayaran Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah melibatkan kesihatan dan terlibat 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 KWSP bagi tujuan menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan – Syarat Kelayakan KWSP Perubatan

Pengeluaran Untuk Pendidikan

Kepada yang ingin menyampung pelajaran pengajian tinggi pelu membayar yuran yang agak mahal untuk menikmati kemudahan Universiti pilihan.

Pihak KWSP telah memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk ahli menampung pengajian tinggi anak anda jika kemudahan pinjaman PTPTN tidak dapat menampung – Syarat Kelayakan KWSP Pendidikan

MAKLUMAT LANJUT

Kepada anda yang terlepas pandang, tahun 2022 pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan khususnya melibatkan bantuan kewangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button