BANTUANLesen MemanduMyLesen

MyLesen : Program Bantuan Lesen Memandu Kumpulan B40

MyLesen : Program Bantuan Lesen memandu percuma untuk kumpulan B40 telah mula dilaksanakan pada tahun ini. Inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan bagi membantu mereka yang berkelayakan memerlukan mendapatkan lesen memandu.

MYLESEN : PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Untuk makluman, pelbagai jenis inisiatif telah ditawarkan oleh kerajaan pada tahun 2023 bagi memberi manfaat kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Salah satu inisiatif yang telah dilancarkan adalah program Mylesen B2.

Program Mylesen b2 atau bantuan lesen memandu ini adalah inisiatif yang diberi keutamaan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada kumpulan B40. Menerusi program khas ini, mereka yang layak menyertai akan mendapatkan lesen memandu jenis motorsikal secara percuma.

Kemudahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi menaiktaraf kehidupan golongan/ kumpulan B40. Dengan adanya program seperti ini dapat membantu rakyat serta membuka lebih banyak peluang bagi menjana pendapatan.

Pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa segala kos dalam program khas ini akan ditanggung sepenuhnya dibawah Belanjawan Madani tahun 2023. Di bawah adalah maklumat berkenaan terma dan syarat kelayakan bagi menyertai program mylesen B2.

KELAYAKAN BANTUAN LESEN : PROGRAM MYLESEN B2

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Sihat dari segi mental dan fizikal (Tubuh badan)
  3. Berumur 16 tahun dan keatas (Tahun 2023)
  4. Masih belum memiliki sebarang lesen memandu
  5. Bebas dari senarai hitam seperti (JPJ, Mahkamah dan PDRM)
  6. Merupakan penerima bantuan kerajaan seperti (E-kasih/ Baitumal/ Zakat/ JAKOA/ JKM atau LHDN)
  7. Golongan/ Kumpulan B40
  8. Tanggungan kepada penerima bantuan juga turut layak

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Untuk semakan maklumat penuh berkenaan program khas ini, sila layari laman rasmi MyLesen B2 – DI SINI . Kepada mereka yang berkelayakan dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan akan dimaklumkan melalui surat dan e-mel.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada Mylesen, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon pada tahun 2023 – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button