KWSPPengeluaran Khas 2.0

KWSP 2.0~ Petisyen Perlaksanaan Pengeluaran Khas Kali Kedua

Petisyen Perlaksanaan Pengeluaran Khas Kali Ke 2

Untuk makluman umum, terdapat sebuah petition telah diadakan untuk tujuan menyokong perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0. Untuk makluman, kepada yang ingin menyokong petition tersebut sehingga 7 Oktober 2022 seramai lebih daripada 100 ribu orang telah menandatangani petisyen sokongan tersebut. Hal ini telah membuktikan bahawa ramai para pencarum yang benar-benar memerlukan wang simpanan mereka.

Petisyen ini diadakan kerana ada sebahagian yang inginkan perlaksanaan pengeluaran khas 2.0 ini diadakan disebabkan seperti kenaikkan harga barang berlaku. Dalam hal ini, mungkin ada sebahagian yang bersetuju dan sebahagian yang tidak setuju. Namun ini merupakan pilihan masing-masing untuk menyokong ataupun tidak.

Kemungkinan ini adalah salah satu cara para pencarum yang menyokong perlaksanaan pengeluaran khas 2.0 sebagai tanda mengisi petition tersebut. Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak stabil ini seperti harga barang naik, menyebabkan semakin ramai yang ingin pengeluaran khas 2.0 dilaksanakan. Jika anda berminat, anda boleh mengisi petition sebagai tanda menyokong perlaksanaan pengeluaran khas KWSP 2.0 – KLIK DI SINI

Sementara menunggu maklum balas berkenaan hal tersebut, para pencarum sebenarnya boleh membuat pengeluaran wang KWSP untuk tujuan peribadi seperti dibawah.

Pengeluaran Wang KWSP Untuk Tujuan Peribadi Yang Dibenarkan

 

Pengeluaran Untuk Pembelian / Ubah suai Rumah

Untuk makluman, pihak KWSP telah memberikan kemudahan untuk membantu ahli memiliki rumah sendiri sama ada melalui pembinaan, membeli rumah subsale, rumah lelong atau melalui Rumah Mesra Rakyat (RMR 2022).

Pengeluaran Untuk Rawatan Perubatan

Sekiranya anda menghadapi masalah kesihatan dan melibatkan 36 jenis penyakit kritikal, anda secara automatik boleh membuat pengeluaran pada akaun 2 bagi tujuan menampung kos rawatan perubatan dan pembelian alat kesihatan.

Pengeluaran Pendidikan

Pihak KWSP turut memberikan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda yang ingin melanjutkan pengajian di IPT sekiranya pinjaman PTPTN tidak mencukupi.

Kemudahan ini diberikan adalah bagi tujuan meringankan beban ahli kerana tidak perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh pihak Universiti.

Pengeluaran Ibadah Haji

Bagi tujuan mengurangkan bebanan ahli yang ingin menunaikan ibadah Haji, wang daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan cara membuat permohonan pengeluaran KWSP i-akaun untuk tujuan pembelanjaan kos haji dan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Bagi para pencarum yang ingin membuat semakan baki akaun 1 dan 2 KWSP boleh layari Portal rasmi KWSP dan ikuti arahan yang telah disediakan – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis pakej bantuan tealh disediakan oleh pihak kerajaan untuk mereka yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button