KWSPPengeluaran Penuh

Rasmi : Pengeluaran Penuh KWSP Akaun 1 & 2 Boleh Dilakukan

Rasmi : Pengeluaran Penuh KWSP melalui akaun 1 dan akaun 2 boleh dilakukan ahli selagi menepati terma dan syarat yang ditetapkan. Untuk pengetahuan umum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai kemudahan pengeluaran kepada para pencarum.

RASMI : PENGELUARAN PENUH KWSP

Seperti sedia maklum, pada tahun ini kerajaan tidak dapat meluluskan pengeluaran khas 2.0 atas sebab-sebab tertentu. Namun tahukah anda, sebenarnya ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sepenuhnya atau sebahagian melalui akaun 1 dan akaun 2.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah menyediakan kemudahan pengeluaran kepada pencarum yang memerlukan. Setiap jenis pengeluaran telah ditetapkan syarat kelayakan khusus dan ahli perlu mematuhi kriteria yang disediakan.

Kepada mereka yang ingin membuat pengeluaran penuh KWSP, ia dibenarkan secara online melalui i-akaun. Pengeluaran untuk tujuan peribadi tertentu dibenarkan dan dibawah dikongsikan jenis pengeluaran yang boleh dilakukan pada tahun ini.

PENGELUARAN PENUH KWSP (HILANG UPAYA)

Kemudahan ini amat memberi manfaat kepada setiap ahli KWSP iaitu pengeluaran penuh atas sebab kehilangan upaya dari segi fizikal mahupun mental. Pihak KWSP turut memberikan insentif RM5,000 sebagai bantuan khas bagi meringankan beban ahli.

MENINGGALKAN NEGARA SECARA RASMI

Untuk pencarum/ ahli KWSP yang telah melucutkan atau melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk tujuan berhijrah ke negara lain. Mereka boleh membuat pilihan untuk mengeluarkan baki sepenuhnya simpanan dari akaun 1 dan akaun 2 KWSP.

PENGELUARAN PENUH KWSP (UMUR 55 & 60 TAHUN)

Apabila ahli KWSP telah mencapai umur 55 tahun, mereka secara automatik boleh memilih untuk menguruskan wang persaraan mereka. KWSP benarkan pengeluaran secara semua atau sebahagian pada bila-bila masa.

Untuk ahli yang membuat pilihan untuk terus bekerja selepas 55 tahun, caruman berikutnya akan dimasukan ke dalam akaun emas. Wang simpanan boleh dikeluarkan sepenuhnya setelah mencapai umur 60 tahun.

MENINGGAL DUNIA

Jika berlaku musibah (meninggal dunia) kepada ahli, pengeluaran secara sepenuhnya boleh dilakukan oleh waris. KWSP amat menggalakan pencarum untuk membuat penamaan awal untuk membolehkan pewaris terdekat mengeluarkan wang simpanan tanpa sebarang masalah atau kesulitan.

KELAYAKAN & PANDUAN CARA MOHON

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara online. Syarat kelayakan dan panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button