BANTUANSTRSumbanganTunaiRahmah

Pemberian STR Fasa Berikutnya : Semakan Jadual Pembayaran

Pemberian STR Fasa Berikutnya dijadualkan pada bulan Ogos 2024 yang akan disalurkan secara berperingkat kepada rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, inisiatif khas STR ini merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN STR FASA BERIKUTNYA

Kepada mereka yang terlepas pandang, pihak kerajaan telah selesai membayar pemberian Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa 1 dan fasa 2. Pembayaran telah dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu secara menyeluruh.

Pengagihan bayaran bantuan tunai STR fasa berikutnya akan disalurkan pada bulan lapan nanti iaitu Ogos 2024. Seperti sedia maklum, program bantuan tunai STR pada tahun ini akan memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia yang layak.

Kategori yang terlibat bagi bayaran fasa 3 nanti adalah isi rumah B40, M40, warga emas tiada pasangan ban belia bujang. Kadar bayaran bagi fasa seterusnya masih belum diumumkan, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JADUAL PEMBAYARAN PEMBERIAN STR MENGIKUT FASA

Kementerian Kewangan telah memaklumkan jadual pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 akan dikreditkan secara berperingkat. Jadual lengkap pembayaran mengikut fasa adalah seperti berikut :

  • Pembayaran STR Fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Telah selesai)
  • Pembayaran STR Fasa 2 : Bermula 5 April 2024 (Telah selesai)
  • Pembayaran STR Fasa 3 : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran STR Fasa 4 : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA BERIKUTNYA

Semakan status bayaran, pengemaskinian maklumat terkini dan pendaftaran baharu Sumbangan Tunai Rahmah masih dibuka. Untuk semakan dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

Info tambahan : Untuk makluman, penerima sedia ada STR berkelayakan untuk menerima insentif tambahan Sumbangan Asas Rahmah. Kadar bayaran bantuan SARA ini adalah sehingga RM1,200 setahun yang diberikan secara kredit ke dalam kad pengenalan (Mykad).

Kategori yang layak menerima adalah bujang, warga emas dan isi rumah yang berstatus miskin dan miskin tegar melalui data e-kasih. Semakan status kelayakan boleh dilakukan melalui portal rasmi – MyKasih SARA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button