Bajet 2023BANTUANeWallet

Bantuan eWallet RM200 Tahun 2023

Bantuan eWallet RM200 akan diteruskan pada tahun hadapan untuk rakyat Malaysia khususnya kumpulan belia B40 dan M40. Untuk sedia maklum, dalam sidang Bajet 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan bantuan ewallet ini.

Tambahan insentif khas ini telah diumumkan akan dinaikkan kadar bayaran baru iaitu RM100 dan RM200. Selain daripada inisiatif kerajaan ini, ada juga bantuan kewangan lain yang akan mula dilaksanakan pada bulan Januari 2022 seperti bantuan awal persekolahan RM150 tanpa mengira had pendapatan keluarga.

BANTUAN EWALLET 2023

Untuk sedia maklum bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum. Bantuan ini masih diteruskan kerana dapat membantu sedikit sebanyak golongan belia yang memerlukan. Ia juga bagi memupuk budaya bayaran secara cassless.

Tambahan, kadar bayaran telah dinaikkan sebanyak RM200 berbanding RM150 pada tahun sebelum. Bantuan ini juga telah diperluaskan kepada kumpulan M40 dengan jumlah bantuan sebanyak RM100.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan ewallet 2023 seperti dibawah :

  • Insentif ini terbuka kepada kumpulan Belia yang berumur 18 – 20 tahun
  • Pelajar yang menuntut pengajian tinggi (IPTA)
  • Pelajar yang menuntut di Institusi swasta (IPTS)

KADAR BANTUAN EWALLET 2023

  • Golongan belia B40 akan menerima bantuan ewallet sebanyak RM200
  • Golongan belia M40 akan menerima bantuan ewallet sebanyak RM100.

PANDUAN DAPATKAN BANTUAN EWALLET 2023

Untuk sedia maklum, penebusan bantuan ePemula ini adalah sama seperti tahun sebelum. Anda boleh claim melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti dibawah :

  • Shoope Pay
  • Big Pay
  • Grab Pay
  • Touch n Go ewallet.

Nota : Setiap seorang yang ingin memohon, anda hanya boleh membuat penebusan sekali sahaja.

Tambahan lagi, pihak kerajaan bersetuju meneruskan pakej remaja keluarga Malaysia. Bantuan ini adalah pakej pelan bayar dengan tawaran langganan pelan data internet hanya sebanyak RM30 untuk tempoh dalam 3 bulan sebelum luput. Untuk semak maklumat terperinci, anda boleh layari laman khas Bajet 2023 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan ewallet RM200 ini, terdapat lebih banyak inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini dan tahun hadapan. Jika anda terlepas pandang, anda boleh semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda mohon di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan semua.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button