BANTUANBWEJKMWarga Emas

BWE : Bantuan Kewangan RM500 Sebulan Untuk Rakyat

BWE : Bantuan Kewangan RM500 sebulan adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, pelbagai insentif yang disediakan pada tahun ini boleh dimohon oleh mereka yang berkelayakan dan memerlukan.

BWE : BANTUAN KEWANGAN RM500 SEBULAN

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan bermacam jenis inisiatif bagi membantu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Salah satu inisiatif yang disediakan adalah bantuan warga emas (BWE) melalui skim bantuan kebajikan.

Tujuan utama insentif khas ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu orang tua / warga emas yang kurang bernasib baik untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pemohon yang layak adalah berjumlah RM500 sebulan. Jumlah tersebut akan dikreditkan secara automatik setiap bulan bagi membantu mereka yang layak.

KELAYAKAN BWE : BANTUAN KEWANGAN RM500

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi permohonan bantuan BWE RM500 sebulan seperti :

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  • Individu merupakan golongan warga emas (Berumur 60 tahun dan keatas)
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi (PGK) Pendapatan Garis Kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon tidak menetap di mana-mana institusi dibawah kendalian JKM
  • Atau pusat jagaan harian yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) diantara kerajaan negeri dan persekutuan. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual ke-9 senarai perundangan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BWE

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Jika mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan BWE, anda boleh hubungi talian agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini kepada rakyat. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button