BANTUANBKKJKM

Bantuan Kewangan BKK Sehingga RM1000

Bantuan kewangan BKK RM200 sehingga RM1,000 akan diberikan pada tahun 2023 untuk keluarga Malaysia yang berkelayakan memerlukan. Inisiatif khas ini disediakan oleh pihak kerajaan kepada keluarga yang mempunyai tanggungan anak.

BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

Pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan skim bantuan kewangan BKK ini bagi mereka yang mempunyai anak jagaan. Bagi yang layak akan menerima minimum RM200 sehingga RM1,000 untuk sekeluarga.

Perlaksanaan program skim BKK ini adalah bagi tujuan membantu keluarga yang mempunyai tanggungan anak untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Secara tidak langsung dapat membantu memelihara serta memperkukuhkan institusi keluarga yang terbabit dalam memberi jagaan secukupnya. Memupuk budaya kasih sayang dan perhatian kepada kanak kanak.

KADAR BANTUAN BKK

Berikut adalah kadar bayaran bantuan kanak-kanak yang akan diberikan kepada berkelayakan seperti dibawah :

  • Anak berumur 6 tahun dan kebawah menerima RM200 seorang
  • Anak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun menerima RM150 seorang
  • Maksimum kadar bayaran yang akan diterima sebuah keluarga RM1,000 sebulan.

SYARAT KELAYAKAN BKK

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan skim BKK seperti sibawah :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Keluarga yang mempunyai tangungan kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah atau purata miskin per kapita
  • Bagi anak yang bermumur 18 tahun keatas, permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga menengah atas
  • Untuk mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

PANDUAN PERMOHONAN

Bagi yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat secara atas talian. Panduan disediakan seperti berikut :

  • Langkah pertama sila layari portal rasmi eBantuan JKM – KLIK DISINI
  • Seterusnya sila tekan butang ‘Daftar permohonan atas talian’
  • Anda perlu isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang tersedia
  • Isi borang di bahagian A dan B
  • Sila semak semula segala maklumat yang anda isi dalam borang permohonan bagi memudahkan urusan semakan permohonan
  • Akhir sekali tekan butang ‘Keputusan’.

Bagi permohonan secara manual, anda boleh terus hadir ke pejabat JKM berhampiran anda. Sila pastikan anda membawa dokumen penting seperti kad pengenalan dan sertakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di portal rasmi JKM.

Peringatan : Bagi setiap permohonan akan dikaji mengikut kelayakan kategori untuk memudahkan proses semakan. Perkara ini bagi tujuan bantuan khas ini dapat diberikan kepada pemohon yang benar-benar layak memerlukannya.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada skim BKK ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenal oleh kerajaan negeri dan persekutuan bagi membantu rakyat yang memerlukan pada tahun ini.

Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 yang berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button