BANTUANBINGKAS

Bantuan Keperluan Dapur RM300 Setiap Bulan

Bantuan keperluan dapur adalah merupakan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri Selangor bagi tahun 2023. Untuk makluman umum, insentif khas ini adalah bagi rakyat yang memerlukan terutama untuk golongan B40 dan miskin.

Program BINGKAS atau dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera Selangor ini adalah bantuan yang diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Selangor, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan insentif ini pada tahun 2023.

PROGRAM INSENTIF BINGKAS 2023

Objektif perlaksanaan baantuan BINGKAS ini adalah bagi tujuan mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang kurang berkemampuan bagi menguruskan hal ehwal keluarga dan mendidik membesarkan tanggungan anak.

Pada waktu ini, keadaan ekonomi domestik yang tidak stabil dan pasca pendemik yang masih belum pulih sepenuhnya. Insentif khas ini amat diperlukan bagi golongan keluarga yang memerlukan.

Selaku Menteri Besar Selangor iaitu YAB Dato Seri Amirudin bin Shari berkata, program bantuan BINGKAS ini bagi meluaskan capaian dan menambahbaik program bantuan sebelum ini. Iaitu Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan program KISS IT (ibu tunggal) supaya manfaat dapat diperluaskan bukan sahaja ibu tunggal tetapi berkeluarga turut dapat merasainya.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan barang dapur BINGKAS seperti dibawah :

  • Insentif khas ini terbuka hanya untuk Warganegara Malaysia
  • Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah
  • Pendapatan semasa isi rumah bulanan dibawah RM3,000
  • Merupakan kelahiran negeri Selangor atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemohon merupakan pemilih berdaftar di negeri Selangor.

KADAR BANTUAN BINGKAS

Untuk sedia maklum, kadar bantuan keperluan dapur BINGKAS ini adalah sebanyak RM300. Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan ini secara ewallet dan automatik diberikan secara bulanan.

Bantuan ini boleh digunakan di mana-mana pasaraya berdaftar untuk membeli barang keperluan dapur pada tahun 2023.

CARA MOHON BANTUAN

Berikut telah disediakan panduan untuk memohon bantuan BINGKAS seperti dibawah :

  • Untuk pendaftaran, sila layari portal rasmi BINGKAS – DI SINI
  • Kemudian anda perlu ikuti arahan pendaftaran permohonan
  • Isi maklumat peribadi yang diperlukan
  • Hantar borang permohonan online.

INFORMASI LANJUT

Jika anda terlepas pandang, selain daripada bantuan BINGKAS ini terdapat inisiatif lain yang telah disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan dan negeri bagi membantu rakyat yang memerlukan. Untuk semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama –SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button