BANTUANBINGKAS

Bingkas : Kriteria Kelayakan Mohon Bantuan RM300 (Setiap Bulan)

Bingkas : Kriteria Kelayakan bagi kemukakan permohonan bantuan khas bernilai RM300 yang diberikan setiap bulan secara automatik. Untuk makluman umum, mereka yang pendapatan isi rumah dibawah RM3,000 sebulan berkelayakan untuk memohon.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA BINGKAS

Bagi yang terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan negeri telah menyediakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang diberikan secara bulanan. Program pemberian bantuan kehidupan sejahtera Selangor atau dikenali Bingkas telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

Program khas ini diperkenalkan adalah bertujuan bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah menguruskan hal ehwal keluarga. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat meringankan beban kewangan untuk membesarkan anak-anak pada waktu ini.

Melalui program pemberian bantuan khas ini, pihak kerajaan negeri menyasarkan sekitar 30,000 buah keluarga dengan kadar bantuan RM300 sebulan. Untuk makluman, bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet yang boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

KRITERIA KELAYAKAN MOHON BANTUAN BINGKAS

Terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan manfaat bantuan khas Bingkas ini seperti berikut.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
  3. Kumpulan B40
  4. Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  5. Pemilih berdaftar
  6. Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun disini

CARA DAFTAR BANTUAN BINGKAS (KELAYAKAN)

Kepada mereka yang kurang berkemampuan berkelayakan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI

Bagi memudahkan urusan semakan borang permohonan, pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti dibawah.

  • Salinan kad pengenalan (Pemohon dan pasangan)
  • Salinan kad pengenalan, mykid atau surat kelahiran tanggungan anak
  • Dokumen yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button