BANTUANGeran PelancaranJKM

Rasmi : Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 Untuk Rakyat

Rasmi : Bantuan Geran Pelancaran berjumlah RM2,700 kini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan dan berkelayakan. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini adalah merupakan salah satu bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini.

RASMI : BANTUAN GERAN PELANCARAN

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan sebuah bantuan istimewa. Program Geran Pelancaran (GP) menawarkan bantuan berjumlah RM2,700 secara one-off kepada rakyat.

Perlaksanaan program ini masih diteruskan adalah bertujuan membantu kumpulan yang memerlukan dengan cara memberikan bantuan kewangan awal. Dengan adanya insentif ini dapat menggalakkan kumpulan sasar JKM yang mempunyai minat, kemahiran dan potensi dalam bidang ekonomi yang lebih produktif.

Pemberian khas ini bukan sahaja menawarkan perkhidmatan sokongan, malah turut merancang program pembangunan dan pengintergrasian yang bersesuaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan individu dan keluarga.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN GERAN PELANCARAN

Terdapat beberapa kriteria syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan istimewa berjumlah RM2,700 ini seperti berikut :

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan semasa tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  3. Merupakan kumpulan sasar

Info : Permohonan bagi inisiatif berjumlah RM2,700 ini akan diluluskan secara one-off (sekaligus) kepada pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Untuk sedia maklum, inisiatif Geran Pelancaran ini hanya boleh didapatkan dengan semakan lengkap permohonan dilakukan. Bagi memudahkan proses semakan, pemohon disarankan menyediakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program bantuan khas GP ini, sila hubungi talian khas JKM di – 03 8000 8000.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pelbagai jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button