BANTUANeTunai

eTunai : Senarai Penerima Layak Claim Kredit RM100 Disember Ini

eTunai : Senarai Penerima yang layak untuk claim kredit percuma bernilai RM100 pada bulan Disember ini telah dimaklumkan. Inisiatif berbentuk bantuan kredit ewallet ini telah diperkenalkan pada tahun 2023 oleh kerajaan perpaduan.

PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN ETUNAI

Seperti sedia maklum, pada bulan Ogos lalu pihak kerajaan telah melancarkan sebuah insentif tambahan kepada golongan belia mahasiswa. Program yang dikenali sebagai ebelia rahmah tersebut adalah merupakan bantuan ewallet yang diberikan RM200 setiap seorang.

Atas dasar keprihatinan kerajaan bersetuju untuk melancarkan sebuah lagi insentif tambahan seperti ini kepada golongan dewasa pula. Pada sidang majlis peluncuran ekonomi madani memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memaklumkan berkenaan bantuan etunai.

Kadar yang disediakan adalah berjumlah RM100 dan boleh ditebus secara one-off melalui aplikasi edompet yang terlibat. Dengan adanya pemberian bantuan khas ini dapat membantu meringankan beban rakyat serta memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

SENARAI PENERIMA BANTUAN ETUNAI RM100

Pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kelayakan bagi claim bantuan etunai RM100 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40

CARA CLAIM KREDIT ETUNAI UNTUK PENERIMA LAYAK

Untuk makluman, perlaksanaan program bantuan khas ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2023. Mereka yang berkelayakan boleh tebus dan gunakan amaun RM100 tersebut secara dalam talian (Online).

Kaedah cara penebusan kredit bernilai RM100 ini boleh dilakukan secara online melalui aplikasi edompet yang terlibat (Akan diumumkan pada perlaksanaan nanti). Berdasarkan program EBELIA RAHMAH 2023, nilai bantuan kredit boleh ditebus di aplikasi Touch N Go ewallet, Boost dan Setel.

Untuk pemberian etunai RM100 dewasa ini pula berkemungkinan akan lebih banyak aplikasi edompet yang akan terlibat. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button