BANTUANi-SuriKWSPSuri Rumah

I-Suri KWSP : Bantuan RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

I-Suri KWSP : Bantuan RM480 setahun boleh didapatkan oleh golongan suri rumah, isteri yang tidak berkerja melalui skim khas ini. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini merupakan kemudahan caruman yang telah disediakan oleh pihak KWSP pada tahun ini.

I-SURI KWSP : BANTUAN RM480 SETAHUN

Pelbagai jenis kemudahan telah disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu ahli mendapatkan manfaat dari program yang ada. Salah satu yang ada dan boleh dimohon adalah skim caruman i-suri KWSP yang ditawarkan khas kepada wanita.

Kemudahan kasih suri ini telah diperkenalkan oleh pihak KWSP pada tahun 2018 dan masih diteruskan pada tahun ini bagi membantu golongan suri rumah. Dengan adanya skim seperti ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai isteri terutama golongan suri rumah yang memerlukan.

KRITERIA KELAYAKAN DAPATKAN BANTUAN I-SURI KWSP

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan elaun suri rumah RM480 setahun ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Isteri kepada ketua isi rumah (KIR)
  • Umur belum mencapai 60 tahun
  • Merupakan wanita (KIR) janda/ bercerai atau bujang
  • Pemohon adalah golongan suri rumah yang berdaftar dalam pengkalan data kemiskinan negara (Ekasih)
  • Perlu mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

MANFAAT MENYERTAI SKIM I-SURI KWSP

Antara manfaat dan faedah dan boleh didapatkan dalam kemudahan skim kasih suri ini adalah seperti :

  • Menerima insentif tambahan minimum RM40 sebulan bersamaan RM480 setahun
  • Automatik layak terima bantuan khairat kematian berjumlah RM2,500
  • Terima dividen tahunan dari KWSP

Nota : Insentif bantuan tambahan suri rumah atau caruman i-suri akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP dua (2) kali dalam setahun. Iaitu bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

PANDUAN DAFTAR I-SURI KWSP (INSENTIF RM480)

Kepada pencarum/ ahli KWSP yang berkelayakan dan memerlukan, anda boleh daftar permohonan menyertai program kasih suri ini bagi mendapatkan manfaat yang ada. Panduan daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi Kasih Suri KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button