BANTUANFasa 2PemberianSTRSumbanganTunaiRahmah

Pemberian Bantuan Tunai STR Fasa-2 : Dibayar Sebelum Raya

Pemberian Bantuan Tunai STR Fasa-2 akan mula disalurkan tidak lama lagi dan dijadualkan sebelum menjelang sambutan hari raya tahun ini. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif dibawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI STR FASA-2

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan dalam jadual asal pemberian Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini akan disalurkan secara berperingkat mengikut fasa. Bagi bayaran bantuan tunai STR fasa-2, pengagihan akan mula diberikan pada bulan April ini.

Dijangkakan pemberian bantuan tunai STR fasa berikutnya ini akan disalurkan pada awal bulan hadapan iaitu sebelum menyambut hari raya. Seperti sebelum ini, jadual STR fasa 1 adalah pada bulan Februari namun atas keprihatinan kerajaan telah mengawalkan bayaran pada 29 Januari lalu.

KATEGORI PENERIMA BANTUAN TUNAI STR FASA-2

Berdasarkan fasa sebelum ini, semua kategori terlibat menerima insentif pada kadar yang telah ditetapkan mengikut kelayakan. Bagi fasa kedua bantuan tunai STR, kategori yang terlibat adalah isi rumah B40, M40, warga emas dan belia bujang.

Lebih istimewa lagi, pemberian bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah diperluaskan kepada 700,000 penerima STR. Kategori isi rumah dan warga emas yang berstatus bukan miskin juga akan menerima manfaat daripada bantuan khas tersebut.

KADAR JUMLAH BANTUAN TUNAI STR 2024

Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan jumlah keseluruhan bayaran bantuan STR bagi sesi 2024 mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI BELIA BUJANG DAN WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Belia bujang (21 tahun keatas) : RM350
  • Warga emas (60 tahun keatas) : RM600

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500) SEBULAN

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM2,500

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000) SEBULAN

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM1,250

Nota : Kaedah pembayaran STR tahun 2024 dilakukan secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank setiap penerima. Bagi mereka yang tiada kad bank, penebusan boleh dilakukan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR MENGIKUT FASA

Kepada penerima sedia ada, semakan status bayaran STR mengikut fasa boleh dilakukan secara dalam talian. Untuk semakan dan pendaftaran baharu, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat pelbagai jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button