BANTUANSTR

Jumlah Bayaran STR Mengikut Kategori Kelayakan

Jumlah bayaran STR yang akan diterima oleh rakyat Malaysia telah diumumkan oleh pihak kerajaan yang akan membabitkan 3 kategori kelayakan. Seperti sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu rakyat yang memerlukan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR 2023)

Salah satu insentif baru diperkenalkan pada tahun ini adalah program pemberian Sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2023. Bantuan khas ini disediakan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Pembayaran STR 2023 akan diagihkan secara berperingkat (fasa) dan kadar bayaran bantuan adalah berbeza mengikut kategori dan fasa pembayaran. Bagi makluman, bayaran STR fasa 1 telah diberikan bermula 17 Januari 2023 dan fasa berikutnya akan diberikan pada waktu yang akan diumumkan.

Untuk pengetahuan umum, maklumat penerima bantuan STR ini berdasarkan bantuan terdahulu iaitu BKM 2022. Pemberian sumbangan khas ini diberikan secara 2 kaedah iaitu kredit terus ke akaun bank penerima secara berperingkat dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank.

KATEGORI PENERIMA STR 2023

Untuk makluman, terdapat 3 kategori penerima yang akan mendapat manfaat dari bantuan tunai khas ini. Kategori yang terlibat adalah bujang, warga emas (bujang) dan isi rumah (keluarga).

JUMLAH BAYARAN STR MENGIKUT KATEGORI

Jumlah bayaran STR keseluruhan telah diumumkan oleh kerajaan pada 24 Februari, kadar keseluruhan akan diterima mengikut kategori adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 DAN KEBAWAH)

  • Isi rumah tiada anak : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak 3-4 : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak 5 dan keatas : RM2,500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 – RM5,000)

  • Isi rumah tiada anak : RM500
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 : RM750
  • Mempunyai bilangan anak 3-4 : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak 5 dan keatas : RM1,250

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS (BUJANG)

  • Bujang : RM350
  • Warga emas (bujang) : RM600

ISI RUMAH (MISKIN TEGAR)

  • Bagi isi rumah yang dalam golongan miskin tegar akan menerima bantuan tambahan RM600 dalam bentuk baucar makanan asas. Bermakna kategori ini akan menerima insentif sebanyak RM3,100.

SEMAKAN STATUS KEMASKINI STR 

Bermula 17 Januari 2023, semakan kemaskini status STR sudah boleh dilakukan secara online. Sila layari portal rasmi Sumbangan tunai rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada suku pertama tahun 2023, terdapat beberapa inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah dilaksanakan untuk rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button