BANTUANBINGKAS

BINGKAS : Permohonan Bantuan Khas RM 300 Sebulan Dibuka

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membantu mereka yang memerlukan. Salah satu bantuan yang ada pada tahun ini adalah bantuan BINGKAS. Program bantuan ini merupakan insentif bantuan dari kerajaan Negeri Selangor dalam pembentangan bajet belanjawan yang mana telah menggantikan bantuan Program Kasih Ibu Smart Selangor atau dikenali sebagai KISS.

Syarat Kelayakan BINGKAS

Dibawah telah disediakan syarat kelayakan bagi bantuan BINGKAS Selangor seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Pemohon kelahiran negeri Selangor atau menetap di Selangor lebih daripada 10 tahun
  • Pendapatan isi rumah RM 3,000 dan kebawah
  • Penjaga atau keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah

Bagi pemegang kad Bantuan KISS yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke program bantuan BINGKAS bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di WavPay E-wallet melalui aplikasi Selangkah sahaja.

Kadar Bantuan BINGKAS

Melalui bantuan BINGKAS ini, kepada penerima yang layak akan mendapatkan bantuan sebanyak RM 300 sebulan.

Setelah akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda akan diberikan masa selama kira-kira 2 bulan untuk mengemaskini maklumat peribadi anda sebelum 31 Ogos 2022 di portal rasmi – BINGKAS bagi membolehkan anda mendapat bantuan manfaat ini.

Cara Permohonan

Bagi yang menepati kelayakan, untuk permohonan anda perlu muat turun aplikasi SELANGKAH dan WavPAy untuk proses permohonan.

Senarai Dokumen Pendaftaran

  • Sediakan salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Sediakan salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
  • Salinan kad OKU (jika ada)
  • Dokumen pengesahan pendapatan jika bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Slip gaji
  • Salinan semakan SPR
  • Salinan sijil cerai atau sijil kematian – Jika berkaitan

Untuk makluman, setiap permohonan akan ditapis terlebih dahu bagi memastikan hanya yang berkeperluan dan berkelayakan sahaja akan diluluskan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan program bantuan BINGKAS ini, sila layari Laman Rasmi di https://www.bingkasselangor.com/

Maklumat Lanjut

Selain daripada bantuan BINGKAS ini, terdapat lebih banyak bantuan yang telah disediakan khususnya bantuan berbentuk kewangan pada tahun 2022. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button